Darjah Kebesaran Garter ialah darjah
pangkat sateria yang tertinggi dan tertua di
Great Britain. Ia diasaskan pada tahun 1349 oleh
King Edward III. Mengikut legenda semasa King
Edward sedang menari dengan Countess of
Salisbury di majlis tari-menari yang besar, wanita
itu terjatuh getah cerutnya. Tatkala dia memungut
dan menyerahkan getah cerut itu kepada wanita
tersebut, dia terpandang beberapa orang
tersenyum dan menyindirnya. Tindakan ini
membuat dia murka, lalu bertitah dalam bahasa
Perancis yang bererti “Menyesallah sesiapa yang
memperkecilkan benda ini”. Tambahnya lagi, dia
akan menjadikan getah cerut itu “begitu mulia
sehingga setiap orang mahu memakainya”.