Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tat.ka.la] | تتکالا

Definisi : ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tat.ka.la] | تتکالا

Definisi : pd masa; pd ketika; pd waktu: ~ itu, hari sudah gelap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatkala (kata tugas,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan ketika, semasa, sewaktu, pada masa itu, pada waktu itu.,

Puisi
 

Johor Bahru jalan bertambak,
     Tempat anak Raja Temenggung;
Bukan baharu saya berkehendak,
     Memang tatkala ibu mengandung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai,
     (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Bermaksud :

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
normal performanceprestasi normalPentadbiranTiadaJangkaan prestasi seseorang pekerja biasa tatkala mengikuti kaedah yang telah ditentukan pada keadaan biasa.
real time outputoutput masa sebenarTeknologi MaklumatTiadaOutput dikeluarkan daripada sistem tatkala sistem mengesani keperluannya.
single well pulse techniqueteknik denyut perigi tunggalHidrogeologiTiadaPemasukan perunut ke akuifer melalui perigi semasa perigi diimbuh dengan tekanan secukupnya untuk menghapuskan kesan sementara. Denyut perunut di sebarang isi padu yang berpatutan dialihkan ke bawah oleh isi padu air yang cukup untuk menolaknya keluar dari perigi ke dalam akuifer. Denyut itu kemudiannya dipampa keluar dari perigi yang sama sesudah ditunda beberapa waktu tatkala denyut itu hanyut mengikut halaju semula jadi ke arah gradien aliran setempat. Kepekatan atau perilaku air yang dipampa itu tadi disemak dan dirakamkan (IAEA). Ruj.: Mandel 1960

Kembali ke atas