Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tau] | تاو

Definisi : bp tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tau] | تاو

Definisi : daun ~ sj tumbuhan (palma), Livistona tahanensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tau] | تاو

Definisi : huruf yg ke-19 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol T, t. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: Bolehkan perkataan "tau" sebagai ganti "tahu" digunakan sebagai tagline/tajuk untuk pengiklanan. Contohnya: Rasa dulu baru tau!Tau dan dahulu ialah bahasa percakapan, dalam Kamus Dewan dilabelkan sebagai bp. Bahasa percakapan tidak digunakan dalam konteks rasmi termasuklah iklan. Maka, penggunaan yang betul ialah "Rasa dahulu baru tahu".Tatabahasa09.01.2015
assalamualaikum tuan/puan. saya ingin bertanya soalan mengenai perkataan TAHU atau TAU. bolehkah perkataan TAU digunakan kerana maksudnya juga seerti dengan TAHU. sekian, terima kasih.Perkataan tau merupakan bahasa pasar bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa pasar.Tatabahasa27.02.2013
assalamualaikum tuan/puan. "Cepat balik tau...nanti ibu kau bising." tuan/puan, adakah perkataan tau dalam dialog di atas boleh digunakan dalam penulisan novel? (saya jumpa dialog di atas di dalam sebuah novel remaja.) sekian, terima kasih.Perkataan tau merupakan bahasa percakapan bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa percakapan.Tatabahasa08.03.2013
Nak tau terjemahan "shortlisted" dalam BM

'Shortlisted' ialah disenarai pendekkan.

Makna25.02.2008
Boleh saya tau kenapa anjal keremajaan lebih tepat berbanding anjal remaja? Jika dibandingkan dengan frasa lain yg sewaktu dengannya: awet muda lebih tepat dan bukannya awet kemudaan.Contoh frasa yang betul ialah “keanjalan kulit” atau “meremajakan kulit”. Bagi perkataan awet muda, perkataan tersebut sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang bermaksud sentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.Istilah10.08.2023
Boleh saya tau kenapa anjal keremajaan lebih tepat berbanding anjal remaja? Jika dibandingkan dengan frasa lain yg sewaktu dengannya: awet muda lebih tepat dan bukannya awet kemudaan.

Contoh frasa yang betul ialah “keanjalan kulit” atau “meremajakan kulit”. Bagi perkataan awet muda, perkataan tersebut sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang bermaksud sentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Istilah22.08.2023
Saya nak tau istilah komputer yang sesuai untuk "Blackbox" dan "Unblackbox"? Boleh tunjukkan cth ejaan "blackboxing" utk ayat ni? cth: "try blackboxing if you have ideas".Padanan bagi istilah "black box" dalam bidang komputer ialah "kotak hitam". Manakala "godam kotak hitam" dicadangkan sebagai padanan bagi istilah perkataan "unblack box". Selain itu, pihak kami tidak membuat semakan bagi ayat atau perkataan dalam bahasa lain, selain daripada bahasa Melayu.  Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020
boleh saya tau adakah DBP menerima novel dewasa (bertemakan cinta dan masyarakat), novel remaja, puisi dan sajak? Dan berapa muka surat yang sepatutnya untuk novel dewasa, novel remaja, puisi dan sajak?Assalamualaikum,  
Untuk makluman tuan, DBP menerima karya dalam pelbagai genre dan tema termasuklah tema seperti yang tuan sebutkan itu. Walau bagaimanapun, karya hendaklah karya yang serius; bukan karya popular ataupun picisan. Tema cinta yang digarap secara biasa dan bersifat luaran/mudah  mungkin tidak sesuai. Penulis dinasihatkan agar menggunakan pendekatan yang mampu mencabar minda pembaca. Untuk novel dewasa, panjang karya ialah antara 300 -500 halaman, Kumpulan/Antologi Cerpen, minimum 20 buah cerpen dengan ketebalan manuskrip antara 300-500 halaman, Kumpulan/Antologi Puisi, 120-150 buah puisi/sajak, dan untuk novel remaja pula ketebalannya ialah antara 120 hingga 250 halaman.
Lain-lain07.01.2013
saya nk tau perkataan lain / maksud bagi 1) urat saraf 2) hampir sama 3) tidak tinggi 4) tempat sampahKhidmat Nasihat Bahasa tidak menjawab soalan-soalan yang berbentuk teka silang kata. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain09.06.2010
Saya mau tau penngunaan analisa dalam tajuk tesis saya. ANALISA KESILAPAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH TRIGONOMETRI DALAM KALANGAN PELAJAR SUKU KAUM KADAZANDUSUN. Adakah penggunaan analisa itu tepat atau tidak, tqPerkataan/ejaan yang betul ialah analisis - Analisis Kesilapan dalam Penyelesaian Masalah Trigonometri dalam Kalangan Pelajar Suku Kaum Kadazandusun.Tatabahasa16.03.2010
123456

Kembali ke atas