Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tau.bat] | توبة

Definisi : 1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi: ~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi spt yg telah lalu; 2. kembali kpd Tuhan (dgn mening­galkan perbuatan dll yg dilarang dan membuat apa-apa yg disuruh), kembali atau pindah agama kpd agama yg dianggap benar: dahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula; ~ nasuha taubat (rasa kesal) yg sesungguhnya; 3. bp sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera: ~, aku tak pergi lagi; 4. kata seru utk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dll): ~, ~, bodoh benar budak ini! bertaubat 1. menyesal dan berazam mem-perbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama; menaubatkan 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tau.bat] | توبة

Definisi : permintaan ampun yg disertai rasa sesal dan berazam kembali ke jalan yg benar. ~ nasuha taubat yg sebenar-benarnya (dgn jujur dan ikhlas). bertaubat meminta ampun dan menyesal atas dosanya yg sudah-sudah dan berazam tidak akan melakukannya lagi: Selepas ~, barulah ia pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima. menaubatkan menyedarkan seseorang akan dosanya hingga me­nyebabkan orang itu bertaubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taubat
Kata Terbitan : bertaubat, menaubatkan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Taubat Si Tanggang Tiada2015978-967-12968-2-0
Taubat seorang pelacur[t.p]Tiada1999983-9529-13-7
Taubat Nabi Adam alaihissalamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20099789836298362
TaubatDewan Bahasa dan PustakaTiada20109789836245915
Taubat Tiada1977 
Taubat.Tasbih.TahajudWarner Business BooksTiada2008978-983-3372-35-5
Taubat Nabi Adam alaihissalam diterimaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-62-9837-9
Taubat sabar dan syukurPustaka NasionalTiada1977 
Taubat sabar dan syukurSingapuraTiada1977 
Bimbingan taubat Tiada2006983-3423-72-8
12

Kembali ke atas