Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tau.ké] | تاوکي

Definisi : (tauké) C tuan punya badan perniagaan (kedai dll), peniaga, saudagar: ~ Cina tempat aku membeli kipas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tau.ké] | تاوکي

Definisi : /tauké/ tuan punya sesebuah kedai atau tuan punya sesebuah badan perniagaan; saudagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tauke (kata nama)
Bersinonim dengan peniaga, pedagang, saudagar, penjual, pekedai, usahawan, pengusaha, penjaja.,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyongsong[øN.soN]kata kerjamemulangkan baki wang selepas urusan jual beli.Toke tu salah nyongsong duet.[to.kE tu sA.lAh øN.soN du.wet]Tauke kedai itu tersalah memulangkan baki wang.
cuco[tSu.tSo]kata kerjamemulangkan baki wang selepas membeli sesuatu.Toke telupe nok cuco balek cuet koi.[t.kE t«.lu.p« n/ tSu.tSo bA.le/ tSu.wet koj]Tauke terlupe hendak memulangkan baki duit saya.
   2. berkenaan binaan yang besar tersergam.Poh paleh, tejeregut rumoh toke ataih buket.[ph pA.leh t«.dZ«.Ä«.gut Äu.mh t.kE A.tAC bu.ket]Amboi, besar tersergam rumah tauke di atas bukit.

Kembali ke atas