Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® teladan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tauladan

Peribahasa

Jangan bercermin di air keruh.

Bermaksud :

Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. adakah ayat di atas betul?Dari segi tatabahasa, ayat ini betul. Cadangan pembetulan ialah  kata 'mestilah' boleh digantikan dengan 'hendaklah' dan ejaan 'tauladan' diganti dengan 'teladan'.Tatabahasa11.10.2010
Pengertian perkataan teladan atau tauladan.ejaan sebenar ialah teladan yang membawa maksud perbuatan dan lain-lain yang patut diikuti atau dicontohi.Tatabahasa01.08.2007
1. tolong berikan perbezaan penggunaan baru/baharu 2. berikan maksud teladan/tauladan

Kata baru atau baharu sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan rumah baru/baharu; tahun baru/baharu. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam penggunaan baru tiba; baru-baru ini. Kata yang baku ialah teladan yang bermaksud perbuatan dll. yang patut diikut,contoh. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1632. 

Tatabahasa31.05.2008
Apakah perkataan yang tepat ejaannya dan maknanya bagi perkataan berikut? 1. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia 2. Indikator atau kata kunci ? 3. Tauladan atau teladanKedua-duanya betul, Bahasa Melayu untuk mata pelajaran di sekolah dan bahasa Melayu merujuk Malay language. Menurut arahan kabinet istilah bahasa Melayu hendaklah digantikan dengan istilah bahasa Malaysia. 2. Indicator ialah petunjuk. 3. Teladan yang bermakna perbuatan dll yg patut diikut, contoh.Lain-lain16.04.2009
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih.1) beliau > be/li/au
2) berdoa > ber/do/a
3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 
4) kaum > ka/um
5) perempuan > pe/rem/puan
6)  Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut

haiwan > h/ai/wan
tauladan > t/au/la/dan

Tatabahasa22.10.2019

Kembali ke atas