Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tau.liah] | تولياه

Definisi : 1. pelantikan menjadi wali (wakil dll), surat pelantikan (menjadi wali, wakil, dll): bilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua kampung, mana ~nya? 2. surat kuasa (sbg wakil dll), surat kepercayaan; bertauliah mempunyai tauliah, ada tauliah-nya: hanya amil-amil yg ~ sahaja yg boleh menerima zakat drpd orang ramai; mentauliahi memberi tauliah kpd;mentauliahkan memberi tauliah, memberi kuasa: adalah yg berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;pentauliahan penyampaian (pemberian) tauliah: teman wanitanya tidak dapat ber-samanya di majlis ~ pegawai kadet itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tau.liah] | تولياه

Definisi : 1 pelantikan menjadi wakil dsb; surat pelantikan menjadi wakil dsb. 2 surat yg memberi kuasa kpd seseorang; surat kepercayaan; surat kuasa. ber­tauliah ada tauliahnya: Orang ramai dinasihati supaya mengeluarkan zakat kpd amil yg ~ saja. mentauliahkan memberi tauliah; memberi kuasa (kpd seseorang). pentauliahan per­buatan atau perihal mentauliahkan; penyampaian tauliah: majlis ~ kadet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tauliah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memohon pandangan pihak DBP berkaitan gantian perkataan terbaik untuk 'Pelucutan'. Untuk makluman tuan, wujud tradisi dalam perkhidmatan TLDM untuk upacara Pelucutan Tauliah atau 'decommissioning' bagi kapal-kapal TLDM yang telah lama berkhidmat. Pada hemat saya, perkataan 'pelucutan' lebih bersifat negatif. Saya terpanggil untuk mencari nama baharu bagi majlis pelucutan tauliah yang lebih bersifat positif. Contohnya, majlis penyuraian jasa bakti atau apa-apa perkataan lain yang mungkin boleh digunakan bagi majlis yang dimaksudkan.Istilah decommissioning diterjemahkan kepada penyahtauliahan. Walau bagaimanapun pelucutan juga boleh digunakan kerana pelucutan bermaksud perihal menarik balik atau memberhentikan sesuatu. Tanggapan maksud sama ada positif atau negatif bergantung pada konteks penggunaannya.Istilah22.06.2018
Apakah istilah bahasa Malaysia untuk "login credential"?Terjemahan yang sesuai bagi login credential ialah Log Masuk TauliahMakna19.03.2019
Amir Izzuddin TUES 21:55 Amir Izzuddin Amir Salam warahmatullah, tumpang tanya, bila ya tarikh bengkel penulisan terdekat? Saya berhasrat untuk sertai dan mendapat tauliah untuk menulis. Boleh wasap saya di 0126181004 untuk details insyaAllah.Wassalam, Tuan, Boleh hubungi pegawai yang berikut untuk pertanyaan berkenaan kursus dan bengkel: Encik Mohd Amran bin Daud melalui talian 03-21479223, 019-9934709; e-mel amran2@dbp.gov.my Puan Fauziah binti Hassan melalui talian 03-21479314, 018-3558657; e-mel hfauziah@dbp.gov.myLain-lain17.01.2017
Apakah beza antara doktor biasa dan doktor falsafah
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), terdapat perbezaan makna antara kata doktor dengan doktor falsafah, iaitu:

doktor
n 1 orang yg memiliki ijazah dlm bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, spt merawat orang sakit: Pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah pd pangkal rahim.
2 gelaran atau panggilan bagi orang yg mempunyai kelayakan utk mengamalkan perubatan atau mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Dia teringat pd Doktor Rashid di Fakulti Perubatan.tBolehkah doktor terangkan apakah cara utk merawat penyakit tsb?
3 orang yg mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Doktor Bahasa dan Kesusasteraan;

doktor falsafah ijazah tertinggi yg diberikan kpd sso siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drp para profesor.
Makna24.08.2023
Apakah perbezaan antara "bertauliah" dan "berkanun"?Misalnya, bagi seseorang yang berkelayakan Chartered Accountant atau Chartered Secretary, adakah betul dan tepat sekiranya ia dipanggil Akauntan/Setiausaha Berkanun? Ataupun Akauntan/Setiausaha Bertauliah merupakan deskripsi yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, bertauliah bermaksud mempunyai tauliah. Manakala, berkanun pula bermaksud memakai atau mengikut kanun. Cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan untuk chartered accountant ialah akauntan berkanun atau akauntan bertauliah, chartered secretary ialah setiausaha berkanun atau setiausaha bertauliah mengikut konteks dan penggunaan ayat yang sesuai.

Penyemakan dan penterjemahan26.11.2022
Apa beza doktor falsafah dengan doktor perubatan?
Terdapat perbezaan antara doktor falsafah dan doktor perubatan. Frasa doktor falsafah merujuk kepada 'ijazah tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yang menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yang terdiri daripada para profesor'; manakala doktor atau doktor perubatan ialah 'orang yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, seperti merawat orang sakit'.
Makna24.08.2023
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh".Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna11.11.2009
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih.

Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu.

Istilah21.11.2019
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaanMerujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna18.08.2010

Kembali ke atas