Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tau.tan] | تاءوتن

Definisi : hasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman: kesan yg negatif ini mungkin ada ~nya dgn kejadian yg lalu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tautan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, saya kurang faham penanda wacana. bolehkah ianya digunakan pada permulaan ayat. bagaimana pula dengan kata hubung ? adakah boleh kita gunakan pada permulahan ayat.

Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu tautan dan runtutan. Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Runtutan pula bermaksud kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian,penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran.  Penanda wacana boleh digunakan pada permulaan ayat seperti namun, tambahan pula, di samping itu. Contoh ayat: Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu. Namun hatinya masih teringat akan kampung halamannya. Untuk lebih menguasai aspek penanda wacana, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 524-529. Kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat kerana kata hubung bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. 

Tatabahasa04.03.2010
Apakah kesilapan dalam permohonan deraf iklan syarikat TAUTAN BARAKAH ENTERPRISE ?Sila kembali ke portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan lihat ulasan. Sila buat pembetulan berdasarkan ulasan dalam permohonan dan kemukakan semula iklan yang telah dikemas kini.Lain-lain17.12.2015
Sila telitikan deraf iklan papantanda seperti ini:- FARMASI TAUTAN BAROKAH (KC0025405)Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain03.08.2016
Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atau jawapan yang tuan/puan berikan di atas pertanyaan saya tempoh hari. Di sini saya ingin bertanyakan tentang apakah ciri-ciri penanda wacana dan apakah jenis-jenis wacana? Seterusnya bolehkah tuan/puan menghuraikan serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan ciri keutuhan wacana. Sekian sahaja pertanyaan dari saya. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan.

Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu tautan dan runtutan. Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Runtutan pula bermaksud kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian,penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran.  Untuk lebih menguasai aspek penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 524-529.

Tatabahasa30.07.2008
Saya ingin tahu bagaimana penggunaan kata "sumbangsih". Apa bezanya dengan "sumbangan"? Dalam konteks manakah perkataan itu sesuai dan boleh digunakan? Terima kasih.Perkataan "sumbangsih"  bermaksud "sesuatu (tenaga, wang, dll.) yang diberikan sebagai bantuan, sokongan atau sumbangan". Biasanya perkataan "sumbangsih" digunakan sebagai tema sesutu majlis, contohnya "Malam Sumbangsih Semarak Kasih", "Malam Sumbangsih Tautan Kasih" atau "Malam Sumbangsih Jalinan Kasih".Tatabahasa13.03.2015
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan idea berkenaan tema bagi majlis makan malam yang bertujuan untuk mengumpul dana syarikat. Majlis tersebut juga bertujuan untuk menjalih persahabatan syarikat saya dengan para penyumbang tersebut. Adakah tema seperti Malam Sumbangsih, atau Ikatan Jalinan Berterusan sesuai. Atau pihak DBP boleh memberikan idea yang lebih bersesuaian. Saya amat berharap pihak DBP boleh memberikan sedikit bantuan.Antara tema yang dicadangkan termasuklah Majlis Makan Malam Amal xxx (nama syarikat), Malam Sumbangsih Semarak Kasih, Malam Sumbangsih Jalinan Kasih, dan Malam Sumbangsih Tautan Kasih.Lain-lain19.03.2014
Boleh namakan teori-teori yang berkaitan kohesi dan koheren?

Tidak ada maklumat dalam pangkalan data kami yang menjurus kepada tajuk tersebut. Sila rujuk artikel yang disenaraikan yang diharapkan dapat membantu sudara mendapatkan maklumat tersebut.

Kohesi dalam wacana bertulis, Radiah Yusoff, Nor Aini Ismail, Dewan Bahasa,1 February 2002

Sarana kohesi dalam pengajaran karangan, Zamri Salleh, Pelita Bahasa, 1 March 2009

Peranan kohesi dalam membina ketekstualan teks berita arab dalam talian, Mohd Azidan Abdul Jabar, Jurnal Bahasa, 1 March 2005

Wacana, penanda wacana, kohesi, koheren, Mohd. Zaini Othman, Pelita Bahasa, 1 March 2004

Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan, dan Leksikal dalam Penulisan Karangan, Abdul Jalil Othman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 August 2000

Wacana dalam teks penulisan: satu tinjauan tentang pertautanberdasarkan analisis kohesi dan koheren, Khathijah Abdul Hamid, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996

Tatabahasa03.07.2011

Kembali ke atas