Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.wak.kal] | توکل

Definisi : berserah kpd Tuhan setelah ber­ikhtiar, percaya dgn sepenuh hati kpd Tuhan (dlm penderitaan, kesusahan, dll): fikirannya menjadi amat sabar, ~ dan menyerah; habis akal baru ~ sesudah dijalankan ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kpd Allah; bertawakal berserah kpd Tuhan setelah ber-ikhtiar, tawakal: manusia hanya perlu ber-usaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin; ketawakalan keadaan tawakal: hal tersebut diandaikan sbg suatu ~ kpd kekuasaan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wak.kal] | توکل

Definisi : , = bertawakal berserah kpd Allah dan disertai usaha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawakal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya Suwaibah Sengsa. Sedang belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "Tawakal" apakah artinya dan contoh dalam ayat. Terima kasih

Kata ‘tawakal’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab  bermaksud berserah kepada Tuhan setelah berusaha.

Makna25.09.2014
ejaan sebenar bagi 1.mukjizat 2.tawakkal 3.ikhtiar 4.qhada 5.resmi. 6.tan naim 7.zulhijjah

Ejaan sebenar perkataan-perkataan tersebut seperti yang berikut; 1. mukjizat  2. tawakal  3. ikhtiar 4.  qada  6. resmi ( sifat semula jadi) dan rasmi (formal) 6. perkataan ini tiada dalam rujukan kami, sila semak ejaan. 7. zulhijah

Ejaan16.01.2009

Kembali ke atas