Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.wan] | تاون

Definisi : menawan 1. menangkap atau me-nahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, me­narik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin mene­ruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; tertawan 1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dll), tertangkap: anak raja Kelantan yg perem-puan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka; 2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki: dgn ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dgn Filipina; 3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya: telah ia me-mandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya; tawanan 1. orang yg ditawan: ia telah men-jadi ~ musuh; 2. apa yg ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~; ~ karang sl barang-barang (kapal dll) yg dirampas kerana terkandas di pantai; penawanan perihal (perbuatan dsb) menawan; penawan 1. orang yg menawan; 2. alat utk menawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wan] | تاون

Definisi : bertawan-tawan; menangis ~ sl menangis tersedu-sedu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wan] | تاون

Definisi : akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat) akar larah (jintik), kedunak, pokok keldai, Fissistigma mabiforme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wan] | تاون

Definisi : ; menawan 1 menangkap atau menahan musuh dlm peperangan dsb: Akhirnya mereka dpt juga ~ pihak musuh. 2 merampas harta benda dll yg dimiliki oleh musuh; menjarah: Dlm masa beberapa hari saja, tentera Jerman telah berjaya ~ negeri Belanda. 3 = ~ hati ki memikat hati; menarik hati: Perangainya yg lemah lembut dan tutur katanya yg manis itu telah ~ hatiku. tertawan 1 sudah atau telah ditawan (bkn musuh dll); tertangkap: Puteri Raja Pahang yg bernama Puteri Wanang Sari itu telah turut ~. 2 telah dpt dirampas atau ditakluk: Melaka telah ~ oleh Feringgi dlm tahun 1511. 3 ki terpikat; tertambat: Hatinya sudah ~ oleh senyuman gadis itu. tawanan 1 orang yg ditawan (dlm peperangan dll): Kelima-lima orang ~ itu melarikan diri dgn menunggang kuda. 2 sesuatu yg ditawan oleh musuh; rampasan; jarahan: barang- barang ~. penawanan perbuatan atau hal menawan. penawan 1 orang yg menawan. 2 alat utk menawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
"Tawan Kelantan"Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Masyarakat1 April 2008
Malaysia tawan APICTARafiq RahmanDewan Kosmik1 January 2009
Boeing tawan aeroangkasaJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 February 2008
Lanun Tawan Kapal MalaysiaTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
POD Tawan Dua Lapangan TerbangTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
Malaysia Tawan Boling Masters DuniaTiadaDewan Masyarakat1 May 2008
Malaysia tawan pelabur TaiwanTeyo Chiew LinDewan Ekonomi1 June 1998
Bina Puri tawan BruneiJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 April 2009
Strategi baharu MCA tawan pengundiLim, MarkusDewan Masyarakat1 October 2007

Kembali ke atas