Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.wa.ran] | تاورن

Definisi : 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi men­yewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wa.ran] | تاورن

Definisi : 1 harga yg dikemukakan atau yg di­minta oleh pembeli, penyewa dsb. 2 sesuatu yg ditawarkan: Mereka tidak mahu menerima ~ gaji yg dikemukakan oleh kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk ayat bahasa Inggeris 'Select the offer card for the offer you'd like to redeem', mana satukah terjemahan yang gramatis? 1. Pilih kad tawaran bagi tawaran yang ingin anda tebus. 2. Pilih kad tawaran bagi tawaran yang anda ingin tebus.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa04.01.2017
Saya ingin bertanya mana satukah ayat yang betul semasa membuat kenyataan tawaran iklan. a) Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal/pengeluar utama. Atau b) Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/pengeluar utama. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Tawaran dipelawa/dibuka kepada pembekal/pengeluar utama.Tatabahasa27.03.2012
Dalam iklan “Tawaran Pelawaan sebagai Penulis Pakej Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Tahun 1 untuk Kegunaan Mulai Tahun 2011” di laman sesawang DBP dan di akhbar, ada ungkapan “Bahasa Malaysia SK/SJK Tahun 1” . Hal ini bermakna buku teks tahun satu akan menggunakan istilah “bahasa Malaysia”. Adakah penggunaan istilah “bahasa Malaysia” untuk buku teks sah dari segi undang-undang?Dalam Perlembagaan istilah bahasa Melayu digunakan, namun pada bulan Jun 2007 kebinet telah mengeluarkan arahan bahawa istilah bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi menggantikan istilah bahasa Melayu. Dalam hal yang saudara nyatakan ini, kami sarankan saudara merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain24.11.2009
Mana satu yang lebih tepat (perkataan 'dibatalkan'/'terbatal'): ' ...jika pihak kami tidak menerima jawapan daripada tuan, tawaran ini dengan sendirinya dibatalkan' atau '...jika pihak kami tidak menerima jawapan daripada tuan, tawaran ini dengan sendirinya terbatal.Yang paling tepat ialah "tawaran ini dengan sendirinya terbatal". Tatabahasa03.09.2010
Assalamualaikum. Bolehkah saya tahu bila keputusan tawaran penulisan buku teks KSSR tahun 2 akan diketahuiWaalaikummussalam. Sdr akan dimaklumkan secara bertulis keputusan tawaran penulisan buku teks KSSR tahun 2 dalam waktu terdekat.Lain-lain25.08.2010
Mohon nasihat daripada DBP adakah perkataan terjemahan "offering" disini sesuai digunakan dalam konteks perniagaan atau inovasi. Offering (products, services and brands) -How is the offering branded? Tawaran (produk, perkhidmatan, jenama) - Bagaimanakah tawaran itu dijenamakan?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi How is the offering branded ialah Bagaimanakah dengan tawaran untuk barangan berjenama?Penyemakan dan penterjemahan07.07.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Bagi teks Bahasa Inggeris "20 Days Interest Free Offer", yang mana satukah merupakan terjemahan yang betul: a) "Tawaran Bebas Caj Faedah 20 Hari"; atau b) "Tawaran 20 Hari Bebas Caj Faedah"? Sekiranya terdapat lebih dari satu adjektif yang menyifatkan sesuatu perkara (cth: big bad savage-looking wolf), apakah aturan yang betul apabila menterjemahkan adjektif-adjektif tersebut? Terima kasih.Padanan terjemahan yang betul ialah: Tawaran Tanpa Caj Faedah 20 Hari. Teknik terjemahan boleh saudara ketahui dengan merujuk buku Teori dan Teknik Penterjemahan oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan terbitan Persatuan Penterjemah Malaysia atau buku Panduan Menterjemah oleh Ainon Mohd. terbitan DBP.
Penyemakan dan penterjemahan04.06.2018
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2009
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 Inilah tawaran hebat bagi perniagaan anda walau di mana jua ia berada. Pilihan 2 Inilah tawaran hebat walau di mana jua perniagaan anda berada. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih!Ayat yang lebih gramatis ialah;

Inilah tawaran hebat walau di mana-mana jua perniagaan anda.

Tatabahasa17.01.2013
Ayat manakah lebih tepat digunakan, 'Pihak universiti bersukacita mendapat pengesahan tuan sama ada .... atau 'Sukacita pihak universiti ingin mendapat pengesahan tuan sama ada menerima tawaran.....'

Puan,

Yang betul ialah : Dengan sukacitanya pihak universiti ingin mendapat pengesahan sama ada tuan menerima tawaran ... 

Tatabahasa08.11.2010
12345

Kembali ke atas