Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.wa.ran] | تاورن

Definisi : 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi men­yewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wa.ran] | تاورن

Definisi : 1 harga yg dikemukakan atau yg di­minta oleh pembeli, penyewa dsb. 2 sesuatu yg ditawarkan: Mereka tidak mahu menerima ~ gaji yg dikemukakan oleh kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAWARAN BARU

Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin

D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat

daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an.

Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan.

Namun rancangan ini melegakan kegawatan

ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan

rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi,

manakala negara lain yang turut mengalami

kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator.

Roosevelt mula menggunakan istilah tawaran baru

apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden

oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya

menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat

Amerika Syarikat,” katanya.

UMUM 
TAWARAN RAYUAN

Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan

oleh defenden dalam kes jenayah dengan

bersetuju untuk mengaku bersalah daripada

menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes,

pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk

menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun

meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti

untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain,

pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa

tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan

daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku

bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90

peratus daripada defenden mengaku bersalah

dan kebanyakannya hasil daripada tawaran

rayuan.

UMUM 
SPINOZA, BARUCH

Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah

Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu

nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di

bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan

Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi

sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal

agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan

oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka

pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa

buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan

bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang

kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong

fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan

politik. Dia sangat menghargai kebebasannya,

sehingga dia menolak tawaran wang persaraan

daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga

tawaran jawatan sebagai profesor universiti di

Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang,

Spinoza merupakan seorang yang kontroversial

sebab pandangannya yang amat menyimpang

terhadap hal agama, falsafah, dan politik.

UMUM 
MARIA MENADO

MARIA MENADO, Dato’ (1930 -      ), bintang filem. Nama sebenarnya ialah Liesbeth Tatelong. Dia dilahirkan di Tatelu, Minahasa, Sulawesi Utara, Indonesia. Keluarganya penganut agama Kristian Protestan. Sewaktu berusia tujuh tahun, Maria menetap di Sulawesi Selatan bersama-sama bapa saudaranya yang kemudian menukarkan namanya kepada kepada Liesje Mandagie. Maria mendapat pendidikan di sekolah Belanda dan Jepun. Setelah itu dia berhijrah ke Jakarta. Rupa parasnya yang jelita menyebabkan dia ditawarkan berlakon filem, tetapi dia menolak tawaran itu.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas