Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bing] | تبيڠ

Definisi : pinggir sungai dll yg tinggi lagi curam, lereng (gunung, bukit, dll): ~ yg tinggi; berarak ke ~ prb orang yg berlumba-lumba melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan; menebing menyerupai tebing, berbentuk spt tebing (awan yg tinggi dan tebal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bing] | تبيڠ

Definisi : tepi atau pinggir sungai dll yg tinggi serta curam; lereng bukit atau lereng gunung: ~ sungai. menebing menyerupai tebing; berbentuk spt tebing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Bermaksud :

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polderpolderGeografiTiadaIstilah Belanda bagi kawasan pinggir laut yang datar yang ditebus guna daripada laut dan dilindung daripada pembanjiran dengan membina tebing-tebing.
polderpolderGeologiTiadaIstilah Belanda bagi kawasan pinggir laut yang datar yang ditebus guna daripada laut dan dilindung daripada pembanjiran dengan membina tebing-tebing.
polderpolderKejuruteraanTiadaIstilah Belanda bagi kawasan pinggir laut yang datar yang ditebus guna daripada laut dan dilindung daripada pembanjiran dengan membina tebing-tebing.
cliffcenuramGeografiTiadaBentuk muka bumi yang mempunyai kepala dan kaki yang landai tetapi bahagian permukaan yang curam dan tinggi. Cenuram boleh terbentuk di tebing-tebing sungai dan kawasan pinggir laut.
cliffcenuramGeologiTiadaBentuk muka bumi yang mempunyai kepala dan kaki yang landai tetapi bahagian permukaan yang curam dan tinggi. Cenuram boleh terbentuk di tebing-tebing sungai dan kawasan pinggir laut.
cutbanktebing-potong , tebing tanahGeologiTiadaCerun dedah yang curam yang terbentuk oleh hakisan sisi sesuatu sungai.
bank-cavingruntuhan tebingGeografiTiadaProses hakisan bawah tebing oleh aliran air di bahagian luar alur sungai atau bahagian cembung alur sungai mengakibatkan bahan tebing runtuh ke dalam sungai. Proses runtuhan tebing boleh mengubahkan pola alur sungai melalui masa.
channel widthlebar saluranGeologiTiada1. Jarak rentas suatu alur atau sungai yang diukur dari tebing ke tebing.
cablewaylintasan kabelHidrologiTiadaKabel yang diregang merentangi sesebuah sungai dan padanya meter arus digantung serta digerakkan dari satu tebing ke tebing yang lain pada kedalaman air yang dahulu ditetapkan.
ring ridgetebing gelangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTebing yang terbentuk pada bahagian hujung atas permukaan silinder enjin yang tidak dilalui oleh gelang omboh. Tebing ini terbentuk akibat permukaan silinder yang mengalami hakisan.
12345678910...

Kembali ke atas