Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu] | تبو

Definisi : sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tum­buhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (seba­tang­­nya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bu] | تبو

Definisi : beberapa macam tumbuh-tum­buhan jenis rumput yg batangnya beruas-ruas dan airnya boleh dibuat gula, Saccharum officinarum. bertebu-tebu 1 beruas-ruas. 2 bergelang-gelang. menebu-nebu membuat ber­tebu-tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebu

Puisi
 

Budak-budak memakan tebu,
     Tebu ditanam di depan kota;
Duduk termenung di muka pintu,
     Terkenang kekasih jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tebu setuntung masuk geraham gajah.

Bermaksud :

Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bagassehampas tebuPertanianAgronomi

Bahan sisa pertanian yang terhasil setelah batang tebu diperah bagi mendapatkan cecair untuk dijadikan gula. Sesebuah kilang memproses tebu biasanya menghasilkan 30 peratus hampas tebu daripada tebu segar yang diproses. Hampas tebu mempunyai pelbagai kegunaan seperti menjadi bahan bakar dalam kilang gula atau medium untuk pengeluaran cendawan. Hampas tebu juga digunakan untuk membuat kertas.

tetebutetebuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Mastixia spp. daripada famili Cornaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah tebu-tebu dan , spesies utamanya ialah Mastixia pentanda dan M. trichotoma. Gubal kayu tetebu berwarna putih hingga kuning muda, dan agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu mudah dikerjakan dan dikemas siap, dan menghasilkan muka potongan yang licin. Kayu ini sederhana kuat, lambat mengering, dan mempunyai kadar kecutan yang sangat tinggi. Kayu ini boleh digunakan untuk kayu kotak, alas angkut, papan penutup, dan papan serpai.
sugar cane by productshasil sampingan tebuVeterinarTiadaHasil yang diperoleh daripada industri tebu iaitu tanaman famili Graminae yang boleh menghasilkan gula daripada batangnya. Hasil pengilangan gula yang boleh digunakan sebagai makanan haiwan ialah hampas tebu, pucuk tebu dan molases. Hampas dan pucuk tebu mengandungi serabut yang tinggi manakala molases kaya dengan karbohidrat terlarut yang membekalkan tenaga. Nama saintifik tebu: Saccharum officinarum.
ratooningpeladunanPertanianAgronomi

Kaedah membiarkan pangkal pokok tidak dipotong semasa penuaian supaya ladun yang tumbuh akan menggantikan pokok induk yang dituai. Contohnya, dalam tanaman tebu, batang tebu dipotong ke aras 10 cm dan seterusnya ladun yang tumbuh akan menjadi hasil tuaian pada musim yang seterusnya. Ini dilakukan sehingga mendapat tiga kali tuaian daripada satu penanaman. Hasil akan menurun pada setiap kali ladun dituai dan selepas tiga pusingan tuaian, tebu perlu ditanam semula. Kebaikan kaedah ini ialah pengurangan kos penyediaan kawasan, dan memanjangkan hayat ekonomi tanaman.

canetebu; rotanPentadbiran PerniagaanTiada1. Tebu: Sejenis tumbuhan rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas seperti buluh yang menghasilkan gula.,2. Rotan: Sejenis tumbuhan palma yang memanjat, digunakan untuk membuat kerusi, tikar, raga dan lain-lain.
cane sugargula tebuKimiaTiadaSukrosa atau gula biasa yang diperolehi daripada tebu C12H22O11.
cane sugargula tebuPentadbiran PerniagaanTiadaSukrosa atau gula biasa yang diperolehi daripada tebu C12H22O11.
crop remainssisa tanamanPertanianAgronomi

 Baki bahan tanaman setelah tanaman dituai. Contohnya, bagi tanaman tebu, sisa tanamannya ialah hampas batang dan daun yang tinggal setelah batang tebu diperah gulanya. Bagi tanaman nanas pula, sisa tanamannya terdiri daripada kulit dan daun nanas yang tinggal setelah buah nanas dikupas untuk ditinkan. Sisa tanaman kelapa sawit termasuk hampas isirung kelapa sawit dan tandan kosong setelah minyak kelapa sawit diperah daripada buahnya. Walaupun sisa tanaman biasanya dianggap sebagai bahan buangan, sisa tanaman dapat dimanfaatkan untuk dijadikan makanan ternakan atau baja kompos. Hampas isirung kelapa sawit kini digunakan sebagai makanan ternakan ruminan secara fidlot dan dieksport sebagai makanan ternakan.

canetebu; rotanPerhutananTiadaTiada
cane molassesmolases tebuPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas