Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tedung;

Puisi
 

Hari panas membakar lalang,
     Tedung berketuk di dalam tanah;
Cincin emas sudahlah hilang,
     Tinggal sepasang cincin suasa.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Ayam kurik rambaian tedung, Ekor berjela di dalam padi; Kalau menitik tangan menampung, Marilah kita menyulam janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Budak-budak dipatuk tedung, Dibuat-buat menangis-nangis; Saya ibarat buah kedondong, Dahulu kelat kemudian manis.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hari panas membakar lalang, Tedung berketuk di dalam tanah; Cincin emas sudahlah hilang, Tinggal sepasang cincin suasa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Teluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah di hujung desa; Kau sawa aku tedung, Sama-sama mengadu bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Kenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Buah salak di dalam piring, Buah kedondong atas jendela; Kalau jalak lawan biring, Nanti tedung menuntut bela.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan

Kembali ke atas