Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tegak (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, tidak condong, tidak miring, tidak senget;,
Kata Terbitan : tegak-tegak, menegak, menegakkan, tertegak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
erectileerektilPerubatanTiadaBerkaitan dengan keupayaan untuk menjadi tegak, keras dan tegar.
humour appealpemikat lucuKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi dan kelihatan lebih tampan dan bergaya. Aspek negatif dalam iklan ini ialah terdapatnya unsur menyindir watak remaja obes.
heterogenous rayruji heterogenPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanRuji dalam kayu keras yang tisunya terdiri daripada sel ruji melintang dan sel ruji tegak, atau sel ruji melintang dan sel ruji segiempat.
edge runnerpelari tepiKejuruteraanKejuruteraan MekanikPengisar atau penghancur jenis putaran yang dilengkapi penggelek tegak. Penggelek ini berputar di dalam bekas rata berpermukaan bulat yang diperbuat daripada batu atau besi. Bahan yang hendak dikisar atau dihancurkan diletakkan di dalam ruang longkang atau alur bekas bulat. Pengisar ini digunakan untuk menghancurkan bijih dan sebarang bahan keras. Pelari tepi dikenali juga sebagai mesin atau pengisar Chile kerana sering ditemui di Amerika Selatan pada zaman dahulu.
plywoodpapan lapisKesenianHiasan DalamanKepingan kayu yang memiliki beberapa lapis venir kayu nipis yang dimampatkan bersilang di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Lapisan ini dicantumkan menggunakan bahan perekat. Terdapat juga lapisan yang digabungkan di antara venir kayu dengan lapisan papan zarah kayu. Bagi tujuan pembinaan yang khusus, setiap lapisan ira kayu disusun bertindih antara satu sama lain secara serenjang atau tegak lurus. Kayu keras yang digunakan adalah daripada spesies yang sama dan mempunyai ketebalan sekata. Biasanya, jumlah lapisan adalah ganjil.

Kembali ke atas