Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tegak (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, tidak condong, tidak miring, tidak senget;,
Kata Terbitan : tegak-tegak, menegak, menegakkan, tertegak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Berdiri tegak semasa menyanyi lagu 2. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Yang mana betul?Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku.Tatabahasa17.10.2015
1. Frasa nama yang manakah betul? a. ( Semua hadirin / hadirin )berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku. 2. berdekatan dengan sekolah / berdekatan sekolah1. Hadirin berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku - hadirin bermaksud sekalian yang hadir.
2. Berdekatan sekolah - berdekatan bermaksud dekat dengan sesuatu.
Tatabahasa09.12.2014
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
Penggunaan tunggak dan tonggak Wasatiyyah _________ kesatuan ummah. Apa perbezaan tunggak dan tonggak?Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, tonggak bermaksud 1 kayu yang panjang dan dipasang tegak (seperti tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar se­suatu kepercayaan, pegangan dll.

Manakala tunggak dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud 1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung.

Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak.
Tatabahasa17.01.2014
Apakah terjemahan bagi 'elevation'? Satu sumber yang telah saya rujuk memberi terjemahan sebagai 'pelan tegak aras tinggi'. Tk.

Tunku Noraidah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Jawapan yang Tunku dapat itu memang betul jika kita melihat istilah dalam bidang geografi atau ukur bahan. Manakala jika diterjemah secara terus ia bermakna

  • n 1. act of moving to higher position, pengangkatan, penaikan, mengangkat, menaikkan; 2. act of causing to rise, penaikan, menaikkan; 3. act of making higher, peninggian; 4. act of appointing, pengangkatan; 5. (RC) pengangkatan; 6. height, a. (altitude esp above sea-level) ketinggian, aras tinggi: the hotel is located at an ~ of 3,000 metres, hotel itu terletak pd ketinggian 3,000 meter; b. position, tempat, kedudukan: this plant is found only at lower ~s, tumbuhan ini hanya terdapat di tempat yg kurang tinggi sahaja; c. place higher than surroundings, tempat tinggi: the memorial was built on a rocky ~, tugu itu didirikan di tempat berbatu yg tinggi; 3. (of style etc) ketinggian, kemulukan; 4. (archit) pelan tegak: front ~, pelan tegak depan; 5. (angle), (sudut) dongakan.
  • Istilah23.03.2009
    1)Makna-meragau ikan -terhimbau -conggoh 2)Yang manakah betul 'terdedah kepada' atau 'terdedah pada'

    1. Kata terbitan yang betul ialah terimbau bermaksud terpanggil, perkataan conggoh tidak ada dalam sumber rujukan kami yang ada conggok bermaksud tegak (dengan kepala tidak tunduk), begitu juga perkataan meragau ikan tidak ada dalam sumber rujukan kami, sila hubungi kami semula dan nyatakan konsep serta contoh penggunaannya.

    2. Frasa yang betul ialah "terdedah kepada".

    Tatabahasa28.01.2010
    Assalamualaikum, 1- Bolehkah digunakan perkataan "yang mana" dalam ayat? 2- Bolehkah digabungkan perkataan Bahasa Arab atau Inggeris dengan Bahasa Melayu tetapi Bahasa lain tersebut disengetkan (italic) kerana kalau ingin diterjemah agak panjang dan kurang sesuai: contohnya: Penta'ajilan zakat (iaitu bermaksud mempercepatkan pembayaran/pengeluaran zakat sebelum haul). Perkataan ta'ajil di atas disengetkan, tetapi imbuhan "Pen" dan "an" dibiarkan tegak.

    1. Frasa 'yang mana' tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dalam bahasa Inggeris.   Penggunaan yang betul ialah sama ada yang atau mana - bergantung pada kesesuaian ayat.

    2. Perkataan Taajil belum ada dalam Kamus Dewan, kami cadangkan saudara menggunakan perkataan/frasa yang melambang maksudnya dalam bahasa Melayu agar dapat difahami oleh khalayak. Walau bagaimanapun jika perkataan taajil (pentaajilan) perlu dikekalkan istilahnya, maka hendaklah ditulis dengan huruf condong.

    Tatabahasa25.01.2011
    Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan berikut: 1) pemeleh Contoh ayat: Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar. 2) peleh Contoh ayat: Dikenali dengan nama rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. setelah dirujuk dalam kamus dewan yang terbaru, tidak terdapat maksud perkataan tersebut, saya juga merujuk melalui carian kata di laman web ini. Sila bantu saya. Terima kasihMemang tidak terdapat kata pemeleh dalam KD terbaharu. Namun begitu perkataan peleh terdapat dalam KD dengan membawa maksud menyapu bedak ke muka. Tetapi kami beranggapan, maksud tersebut bukanlah pengertian sebenar yg sdr kehendaki. Namun begitu terdapat satu perkataan lain dalam KD iaitu pilar yg bermaksud tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb. Mungkin juga perkataan pemeleh itu bukanlah dalam sebutan baku, tetapi dalam sebutan dialek negeri tertentu. Kami berkeyakinan perkataan pilar itulah yg sdr cari. T.kasih.Lain-lain03.09.2008
    Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan pillarPillar menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

    Saudara boleh melayari 1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar&d=1
    Penyemakan dan penterjemahan30.07.2015
    Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanolUntuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 
    1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri.
    2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca
    3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap
    4. frosted slide - slaid kabut
    5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan
    6. pre-coated antibody specific  - antibodi prasalut spesifik
    7. unlabeled LH - LH tanpa label
    8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase
    9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin
    10. assay diluents - pencair cerakin
    11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan
    12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik
    13. total activity well  - telaga aktiviti total
    14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing
    15. mouse IgG - IgG tikus
    16. absolute etanol -etanol mutlak
    Istilah13.08.2012
    12

    Kembali ke atas