Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gang] | تݢڠ

Definisi : 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, lang­sing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), berten­tangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp ber­kehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm per­debatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi­-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, me­narik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisih­an): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi per­hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gang] | تݢڠ

Definisi : 1 tidak kendur (bkn tali yg di­regangkan dsb); sering; cekang: Wayar telefon kelihatan kendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. 2 keras dan liat (bkn urat, otot dsb): Kita hendaklah selalu bersenam supaya segala urat dan otot menjadi ~. 3 ki tidak erat atau tidak karib (bkn persahabatan dsb); genting: Perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. bertegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah; berdegil. menegang menjadi tegang. menegangkan 1 menarik tali dsb supaya tegang; meregangkan. 2 ki menjadikan tidak erat; menjadikan genting; meruncingkan (persahabatan dsb). mempertegang menjadikan lebih tegang (tali persahabatan dsb). tegangan 1 ist daya gerak elektrik atau voltan: wayar ~ tinggi. 2 sesuatu yg tegang. ketegangan keadaan atau hal tegang. penegangan per­buatan, perihal dsb menegang atau menegangkan. penegang alat, bahan dsb yg menegangkan: ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegang (adjektif)
1. Bersinonim dengan regang: cekang, kejang, sering, kencang, terik, ganjat,
Berantonim dengan kendur

2. Bersinonim dengan kaku: keras, liat, kejur, kejat, jegang, genjur,
Berantonim dengan lembut

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, langsing, keras, tinggi,
Berantonim dengan lunak

4. Bersinonim dengan genting: gawat, senting, berbahaya, meruncing, hangat,
Berantonim dengan kendur

Kata Terbitan : bertegang, menegangkan, ketegangan,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tautlyadv tegang-tegang, dgn tegang: the tarpaulin was drawn ~ over the load, kain tarpal itu ditarik tegang-tegang utk menutup muatan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overwroughtadj tegang dan gelisah; (of nerves) tegang: she is quite ~ and does not know what she is saying, dia agak tegang dan gelisah, dan tdk tahu apa yg dikatakannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tense12. rigid, taut, tegang, kejang: my neck is ~, leher saya tegang; ~ nerves, urat-urat yg tegang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
key~ so. up, (act.) menyebabkan sso berasa tegang; (pass.) berasa tegang: he appeared all ~ed up before he left for the interview, dia kelihatan tegang sebelum pergi utk menghadiri temu duga itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tautadj 1. pulled tightly, tegang, regang; (of muscle, body) kejang, tegang: they pulled the rope until it became ~, mereka menarik tali itu sehingga tegang: his whole body was ~, and he could not move, keseluruhan bKamus Inggeris-Melayu Dewan
fraughtadj 1. (colloq) tense, anxious, (of person) tegang, tdk tenang; (of situation) tegang, penuh ketegangan: he’s looking very ~ this morning, dia kelihatan tegang sekali pagi ini; I think tomorrow will be rather ~, as the Minister is visiting us, saya rasa besok keadaan agak tegang, krn Menteri akan melawat kita; 2. charged, penuh: a task ~ with danger, tugas yg penuh bahaya; a remark ~ with contempt, kata-kata yg penuh dgn penghinaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tense13. marked by strain, tegang: there was a ~ silence as they faced each other, keadaan menjadi tegang dan senyap apabila mereka berhadapan; the situation is still ~, keadaan masih tegang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crickvt tegang: she ~ed her neck when she turned her head suddenly, lehernya tegang apabila dia menoleh dgn tiba-tiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tight2. taut, tegang: make sure that the rope is ~, pastikan tali itu tegang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nervous systemadj tense, tegang: after the incident, she feels ~ every time she goes out, selepas peristiwa itu, perasaannya tegang setiap kali dia keluar rumah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas