Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gu.ran] | تݢورن

Definisi : 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg mem­bina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringat­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gu.ran] | تݢورن

Definisi : 1 kata-kata utk menegur. 2 amaran; peringatan; nasihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegur
Kata Terbitan : berteguran, menegur, teguran, keteguran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan. teguran tatabahasa yang terbaru, di manakah tempat untuk saya rujuk?Soalan tuan kurang jelas. Sekiranya yang dimaksudkan ialah penemuan kesalahan penggunaan bahasa pada paparan awam, aduan boleh dikemukakan melalui laman web Pantau Tegur Bahasa (lihat www.prpm.dbp.gov.my), klik domain Pantau Tegur Bahasa. Tatabahasa12.12.2023
saya mohon teguran sama ada wujud kesalahan atau sebaliknya berkenaan ayat yang saya bina ini ; 1. "KLIEN YANG BERURUSAN DIMESTIKAN MEMAKAI MASK/PENUTUP MULUT" 2. " SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER " sekian terima kasih.Salam sejahtera,

1. PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA SEMASA BERURUSAN DI KAUNTER. ATAU PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA BERURUSAN.

2. SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER ANTARA PELANGGAN LAIN
Tatabahasa13.05.2020
Sedikit teguran. Di bahagian 'Juga ditemukan dalam', ada kesalahan ejaan pada kata 'Glosari Dielek Melaka'. Ejaan 'dialek' dieja salah menjadi 'dielek'.Salam sejahtera,

Tuan,
Terima kasih atas teguran yang dinyatakan. Pada masa hadapan, kami akan lebih berhati-hati untuk mengelakkan kesalahan sama berulang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain09.01.2019
Mengapa perkataan koreksional masih digunakan secara meluas tanpa teguran daripada pihak DBP?Sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.Lain-lain01.06.2021
Penggunaan ayat dalam surat separuh rasmi, dan mencari ayat yang sesuai untuk membuat surat teguran dan surat maklum balas

Saudara,

Ayat dalam surat separuh rasmi hendaklah ayat atau bahasa yang rasmi memandangkan bahawa pihak yang akan menerima surat tersebut ialah badan atau institusi rasmi.

Bagi soalan kedua diharap dapat mengemukakan soalan dengan lebih jelas.

Lain-lain10.08.2010
Assalamualaikum.Saya Nadia berasal daripada Johor Bahru. Saya disini berasa mushkil dengan perkataan 'pernyataan'. Saya ada diberi teguran oleh salah seorang pakar bahasa bahawa ejaan yang sebenarnya adalah 'penyataan'.Adakah itu benar?Jika benar, saya ingin memohon pertolongan daripada pihak anda untuk menjelaskan perkara tersebut dengan lebih terperinci.Terima kasih.

Adik Faridatun Nadia terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan Pernyataan bermakna -1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama;

manakala penyataan bermakna -perbuatan menyatakan (melahirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat;

Makna03.08.2009
Adakah betul penggunaan Rakan CopPenggunaan istilah Rakan Cop tidak sesuai tetapi masih digunakan. Kami telah membuat teguran dan cadangan perkataan dari kami ialah Rakan Polis.Tatabahasa03.07.2013
BOLEH TERANGKAN KRITERIA YANG MEMBOLEHKAN SESUATU JABATAN ATAU ORGANISASI MENGGUNAKAN ISTILAH "PANGKALAN UDARA". UNTUK MAKLUMAN TUAN, SAYA TELAH MENERIMA TEGURAN DARI SALAH SEORANG ANGGOTA TUDM BERKENAN ISTILAH PANGKALAN UDARA. BOLEH SAYA DAPATKAN MAKSUD ISTILAH PANGKALAN UDARA DARI SUDUT PANDANGAN PIHAK TUDM SUPAYA TIDAK LAGI MENDAPAT KEKELIRUAN MENGENAI PERKARA YANG BERBANGKIT. SEKIAN TERIMA KASIHMengikut istilah bahasa Melayu "air base" bermaksud "pangkalan udara". Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kriteria  penamaan pangkalan udara, sila rujuk jabatan/organisasi yang lebih arif tentang perkara tersebut.Penyemakan dan penterjemahan22.07.2021
Dalam penulisan, adakah ungkapan “apa khabar” perlu ditukar menjadi “apakah khabar”?Tidak perlu ditukar kerana "apa khabar?" juga merupakan cara sapaan atau teguran.Lain-lain11.10.2006
Assalamualaikum tuan... Saya ingin dapatkan ejaan jawi yang tepat bagi perkataan 'Kedai Runcit Uwais Ashraff Enterprise'. Saya lampirkan juga ejaan daripada Ejawi.net sebagai teguran. Terima kasih tuan.Cadangan kami keterangan utama pada papan iklan disediakan dalam dua versi, ejaan Rumi di bahagian atas, sebelah kiri dan tulisan Jawi di bahagian atas, sebelah kanan. Sila rujuk jawapan kami sebelum ini.Ejaan27.01.2020
12345678

Kembali ke atas