Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ja] | تيجا

Definisi : (téja) 1. awan merah atau kekuning-kuningan yg kelihatan di kaki langit sebelah barat (ketika matahari masuk); 2. ark pelangi, bianglala, ula danau, ula daru, benang raja; ~ keluang cahaya terang yg nampak di langit selepas hujan ribut; ~ membangun teja yg tegak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ja] | تيجا

Definisi : (téja); ~ badak (lawang) = kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg akar dan daunnya dibuat ubat), kayu manis hutan, medang kemangi, Cinnamomum iners; ~ betina = ~ pasir sj tumbuhan (pokok yg kayunya baik utk per­kakas rumah), medang pasir, Neolitsea zeylanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ja] | تيجا

Definisi : (téja) Tr membuat bahagian permulaan tikar mengkuang: saya tidak tahu cara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ja] | تيجا

Definisi : /téja/ awan berwarna merah atau kekuning-kuningan yg kelihatan di kaki langit di sebelah barat ketika matahari masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi?

Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran.

Lain-lain31.05.2010
As Salam / Salam sejahtera Soalan : Kayu ______________ itu sangat sesuai dibuat sarung parang. A. jati B. kemuning C. merbau D. teja Terima kasih atas kerjasamaTiada maklumat berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun dalam carian maklumat melalui internet di bawah tajuk "Guru parang dan pisau pada hujung minggu"(BH Online) ada menyatakan Kayu Kemuning sesuai untuk dibuat sarung parang.Lain-lain30.05.2018

Kembali ke atas