Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ja] | تيجا

Definisi : (téja) 1. awan merah atau kekuning-kuningan yg kelihatan di kaki langit sebelah barat (ketika matahari masuk); 2. ark pelangi, bianglala, ula danau, ula daru, benang raja; ~ keluang cahaya terang yg nampak di langit selepas hujan ribut; ~ membangun teja yg tegak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ja] | تيجا

Definisi : (téja); ~ badak (lawang) = kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg akar dan daunnya dibuat ubat), kayu manis hutan, medang kemangi, Cinnamomum iners; ~ betina = ~ pasir sj tumbuhan (pokok yg kayunya baik utk per­kakas rumah), medang pasir, Neolitsea zeylanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ja] | تيجا

Definisi : (téja) Tr membuat bahagian permulaan tikar mengkuang: saya tidak tahu cara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ja] | تيجا

Definisi : /téja/ awan berwarna merah atau kekuning-kuningan yg kelihatan di kaki langit di sebelah barat ketika matahari masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teja


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cinnamomum inersmedang tejaHerbaBotani dan BioteknologiPokok kecil dalam famili Lauraceae yang dikenali juga sebagai medang kemangi dan kayu manis hutan. Medang teja tumbuh di hutan primer dan sekunder di kawasan tanah pamah hingga bukit. Tumbuhan ini jenis beraroma. Daunnya jenis ringkas, tersusun bertentangan dan mempunyai tiga urat utama yang selari. Jambak bunga keluar dari hujung ranting atau ketiak daun. Buahnya memanjang seperti bujur telur. Air rebusan diminum oleh ibu selepas bersalin, dan untuk merawat demam panas. Daun yang dilumatkan dan disapukan boleh menghilangkan kesan racun sumpitan dan sakit sendi. Kulitnya dikunyah untuk merawat sakit perut dan sembelit. Minyak patinya diekstrak untuk dijadikan perisa gula-gula, kuih dan manisan. Kulit batangnya digunakan untuk menghasilkan ubat nyamuk, colok wangi, gam, cat dan gelas gentian.
twilighttejaFizikTiadaTiada
gegenscheinteja songsangFizikTiadaTiada
nightglowteja malamGeografiTiadaCahaya malap pada waktu malam akibat sinaran daripada gelombang-gelombang ultraungu yang terionisasikan.
twilighttejaGeografiTiadaTiada
gegenscheinteja songsangGeologiTiadaTitik cahaya di langit di titik 180o dari matahari, yang berkeadaan bulat atau memanjang, kelam, dan tidak dapat ditentukan dengan baik.
nightglowteja malamPerikananTiadaTiada
afterglowbara; tejaFizikTiadaTiada
air glowteja udaraFizikTiadaTiada
Northern lightteja utaraGeografiTiadaTiada
123

Kembali ke atas