Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ka.pan] | تکڤن

Definisi : penutup yg mungkum; tekup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abklatschtekapanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat abklat.
cord marked (design)tanda taliArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah tekapan yang digunakan dalam menghasilkan pola hias pada tembikar tanah, dibuat semasa tembikar masih basah yang biasanya terdapat pada bahagian badan. Tanda tali merupakan ciri khusus bagi tembikar tanah pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Contohnya, di Malaysia tembikar tanda tali dijumpai di Gua Cha (Kelantan). Sinonim cap tali.
abklatschabklatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk mendapat salinan bacaan yang terdapat pada permukaan batu bersurat atau inskripsi. Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan. Pertama, dengan menggunakan kertas katella iaitu permukaan inskripsi yang telah dibersihkan akan ditekan dengan menggunakan kertas katella secara lembut sehingga tidak meninggalkan sebarang gelembung udara. Kaedah ini diulangi sebanyak enam hingga tujuh kali dengan setiap lapisan disirami air dan dikeringkan di bawah sinaran matahari sehingga kertas tersebut mudah ditanggalkan. Kaedah kedua, dengan menggunakan getah sintetik. Permukaan tulisan dibersihkan dengan air dan dituangkan getah sintetik, kemudiannya dilapisi lagi sehingga tulisan boleh dibaca. Getah ini dibiarkan kering agar mudah ditanggalkan. Kaedah ketiga, dengan menggunakan pelekat. Bahan pelekat ini perlu dipastikan tidak mengandungi kapur agar tidak merosakkan permukaan inskripsi tersebut. Abklatsch berasal daripada perkataan bahasa Belanda yang bermaksud abklat. Sinonim tekapan.

Kembali ke atas