Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.kat] | تکت

Definisi : sujian, sulaman; ~ berakam sujian dgn benang emas (perak), bersongket: ~ berawan sujian yg merupakan gambar awan; ~ bersuji sulaman dgn benang sutera; ~-bertekat sujian dgn menampal kain dll yg lain; ~ timbul sujian yg bergambar timbul; bertekat dihiasi dgn tekat, bersuji, bersulam: kain sarung ~ emas; bertekatkan bersuji dgn, bersulam dgn; menekat membuat tekat, menyuji, menyu­lam: anakanda telah pandai ~ menyulam ber­bagai-bagai rupa cara-cara baru belaka; tekat-menekat ilmu yg berkaitan dgn kerja menekat: Hajah Habibah bercadang mem­buka kelas ~ sbg langkah permulaan men­didik generasi muda; tekatan hasil menekat, yg ditekat: bunga-bunga ~ ini bermutu tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.kat] | تکت

Definisi : jahitan yg berbunga-bunga (biasa­nya sbg perhiasan pd kain); suji; sulam. bertekat ada tekat atau ada sulamnya. bertekatkan bersulam dgn; bersuji dgn: ~ benang emas. menekat membuat tekat; menyulam; menyuji. tekat-menekat ilmu ttg kerja menekat. tekatan hasil drpd menekat; sulaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekat
Kata Terbitan : bertekat, menekat, tekatan,

Puisi
 

Dentam-dentum atas permatang,
     Orang mengemping padi muda;
Abang! Abang! Tunangku datang,
     Payungnya kuning tekat pelada.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Sama tengah sulaman tekat, Tekat berantak anak Melayu; Di sanalah tuah akan melekat, Melekat sampai ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bunga telur bertekat-tekat, Mari dikarang berikat-ikat; Adik duduk tersimpuh rapat, Abang akan duduk dekat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Tini sayamg Reduan, Tekat menekat baldu sutera; Saya di sini rindu-rinduan, Nasihat ibu membalut lara.Pantun Melayu SarawakPerantau
Kalau merendah supaya indah, Tekat ditenung beri berjambul; Kalau meminta kepada Allah, Lambat-laun pasti terkabul.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok kain kerana bersulam, Sulam dan tekat anak Melayu; Elok pemimpin kerana berfaham, Fahamkan adat serta berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berjurai elok sulaman asli, Sama tengah sulaman tekat; Dipakai untuk pegangan diri, Di sanalah tuah akan melekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dentam-dentum atas permatang, Orang mengemping padi muda; Abang! Abang! Tunangku datang, Payungnya kuning tekat pelada.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas