Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.kat] | تکت

Definisi : sujian, sulaman; ~ berakam sujian dgn benang emas (perak), bersongket: ~ berawan sujian yg merupakan gambar awan; ~ bersuji sulaman dgn benang sutera; ~-bertekat sujian dgn menampal kain dll yg lain; ~ timbul sujian yg bergambar timbul; bertekat dihiasi dgn tekat, bersuji, bersulam: kain sarung ~ emas; bertekatkan bersuji dgn, bersulam dgn; menekat membuat tekat, menyuji, menyu­lam: anakanda telah pandai ~ menyulam ber­bagai-bagai rupa cara-cara baru belaka; tekat-menekat ilmu yg berkaitan dgn kerja menekat: Hajah Habibah bercadang mem­buka kelas ~ sbg langkah permulaan men­didik generasi muda; tekatan hasil menekat, yg ditekat: bunga-bunga ~ ini bermutu tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.kat] | تکت

Definisi : jahitan yg berbunga-bunga (biasa­nya sbg perhiasan pd kain); suji; sulam. bertekat ada tekat atau ada sulamnya. bertekatkan bersulam dgn; bersuji dgn: ~ benang emas. menekat membuat tekat; menyulam; menyuji. tekat-menekat ilmu ttg kerja menekat. tekatan hasil drpd menekat; sulaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekat
Kata Terbitan : bertekat, menekat, tekatan,

Puisi
 

Dentam-dentum atas permatang,
     Orang mengemping padi muda;
Abang! Abang! Tunangku datang,
     Payungnya kuning tekat pelada.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tekat tangan bernilai tinggiSuhaila IsmailBerita Harian30.06.2007
Tekat kebanggaan PerakTiadaHarian Metro01.03.2007
Tekat menekat sumber pendapatan pekebun kecilTiadaUtusan Melayu12.04.1985
Tekat warisan zamanTiadaWatan02.09.1983
Tekat sudah sebati dengan jiwa MaznahTiadaUtusan Malaysia20.03.1992
Warisan tekat benang emasTiadaKosmo28.02.2007
Sulaman tekat kebanggaan wanita PerakSuhaila IsmailBerita Harian24.02.2007
Seni tekat menekat nenek Zaleha perlukan kesabaranYusri SBerita Harian26.04.1975
Perhiasan tekat identiti negeri PerakNor Aziah JaafarUtusan Malaysia01.04.1998
Seni tekat dicipta dengan komputerHayati SaidBerita Minggu01.04.1984
12

Kembali ke atas