Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ko] | تيکو

Definisi : (téko), tekoan (tékoan) C sj cerek drpd tembikar dll (tempat air teh dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ko] | تيکو

Definisi : /téko/ = tekoan /tékoan/ cerek (biasanya dibuat drpd tembikar) tempat mengisi air minuman spt teh, kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teko


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah bahasa Melayu baku mempunyai nama untuk alat pencuci tangan serupa teko dan sering berganding dengan balang berpenutup berlubang yang menadah air cucian? Sering jumpa di kenduri-kenduri Melayu tetapi saya tidak tahu namanya.Nama yang boleh digunakan ialah cerek basuh tangan, teko basuh tangan atau kendi basuh tangan.Lain-lain16.01.2019
Adakah 'mu, ku, dan kau' bersifat enklitik dan proklitik? Seperti contoh 'Muambil air dalam teko itu lalu tuangkan ke dalam kolemu.' atau 'Kutamparnya dengan kuat walaupun hatiku merasakan perbuatan itu salah.' atau 'Kaumembencinya untuk apa? Adakah otakkau tidak mampu berfikir lagi?'Perkataan "mu", "ku" dan "kau" bersifat enklitik dan proklitik. Contoh enklitik, "muambil" dan "kautampar" dan contoh proklitik "membencinya" dan "hatimu". Untuk maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku Linguistik yang berkaitan seperti Sintaksis: Enklitik Nya, tulisan Fazal Mohamed Mohamed Sultan.Lain-lain10.10.2018
Adakah terdapat perkataan seteko jika saya ingin menggunakannya dalam ayat 'Mereka minum seteko teh'? Seteko teh atau satu teko teh. Terima kasihKedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain24.08.2017
Saya Ahmad ingin bertanya bab tatabahasa apakah vokal akhir terima kasih wassalamVokal akhir ialah vocal yang berada pada kedudukan akhir dalam sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata terbuka seperti saya, api dan teko.Tatabahasa30.09.2015

Kembali ke atas