Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téks] | تيک س

Definisi : (téks) 1. kata-kata asli oleh pengarangnya (bukan terjemahan, ulasan, ringkasan drpd asalnya): hikayat ini dijadikan buku dan dicetak, sehingga dgn jalan demikian ~nya tidak dapat mengalami perubahan lagi; 2. petikan dr sesebuah kitab suci (yg dijadikan bahan rujukan dll); 3. kandungan buku yg utama (tidak termasuk catatan dll); 4. tulisan yg dijadikan pokok syarahan dll: dia ber­pidato dgn memegang ~ di tangannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téks] | تيک س

Definisi : /téks/ 1 kata-kata asli drpd penga­rangnya sendiri (bukan terjemahan atau ulasan). 2 sesuatu yg tertulis utk dijadikan dasar dlm memberi pelajaran (ceramah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan skrip, manuskrip, naskhah, dokumen.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
script/scriptiotulisanKesusasteraanTiadaTulisan tangan yang digunakan untuk menulis atau menyalin sesebuah teks. Contoh: tulisan jawi untuk teks-teks lama Melayu dan tulisan Jawa ha, na, ca, ra, ka, untuk teks-teks Jawa.
constitutio textus L.penentuan teksKesusasteraanTiadaProses pengkritikan teks untuk melahirkan teks yang paling hampir dengan teks yang asal seperti pemeriksaan teks, perbandingan teks dan merekonstruksikan teks.
advertising script/ advertising copyskrip naskhah pengiklananKomunikasiKorporatIdea yang disusun menjadi teks yang mengandungi makna untuk menyampaikan mesej pengiklanan kepada khalayak. Teks boleh wujud dalam empat bentuk, iaitu teks audio, teks video, teks tulisan, dan teks lisan. Skrip terdiri daripada dua format, iaitu skrip penuh dan skrip separa penuh. Skrip penuh mengandungi semua maklumat yang diperlukan dan dicatatkan dengan jelas dalam skrip untuk menghasilkan sesuatu persembahan dan penerbitan iklan. Maklumat dalam skrip teks penuh selalunya mengandungi arahan tentang sesuatu yang seharusnya dilakukan, jenis visual yang digunakan, jenis dan sifat audio yang diperlukan, serta tulisan grafik yang perlu dimasukkan. Teks separa penuh hanya mengandungi fakta-fakta utama yang kemudiannya digunakan secara langsung dengan ayat-ayat yang diolah sendiri oleh perawi atau pelakon iklan. Format dan pendekatan penulisan dan alahan skrip bergantung pada genre iklan serta media penyiaran yang digunakan. Terdapat dua jenis format penulisan skrip, iaitu format Hollywood dan format Perbadanan Penyiaran Inggeris (BBC). Kedua-dua format penulisan skrip ini digunakan di Malaysia.
cryptotext attackserangan kriptoteksTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan yang dilakukan untuk mendapatkan teks utama dengan menggunakan kaedah kriptosistem termasuk teks sifer, teks biasa yang diketahui, teks biasa yang dipilih dan teks sifer yang dipilih.
particularites disjunctive des manuscrits (Per.)ciri naskhah tangabungan/ciri naskhah disjogtifKesusasteraanTiada. Contoh: cerita dan motif dalam Syair Agung tidak terdapat pada teks-teks lain.
encryptionpenyulitanTeknologi MaklumatPerisianProses menyulitkan teks biasa kepada teks sifer. Contohnya, teks biasa "Serang malam ini" disulitkan menjadi teks sifer "xtruga tgewi kfw".
intertextualityintertekstualitiKesusasteraanTiadaHubung kait antara suatu teks dengan teks yang lain dalam sebarang penulisan. Konsep ini menafikan keaslian sesebuah teks kerana maksud yang tersirat dalam sesebuah karya itu sebenarnya bersumberkan teks lain. Oleh itu, sebarang karya tidak bersifat autonomi dan terbuka dari segi makna dan interpretasinya. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan kepentingan kritikan sastera yang kini dianggap sebagai aktiviti yang berhubung kait dengan penghayatan teks. Intertekstualiti juga membuka ruang untuk disiplin lain seperti falsafah dan psikoanalisis dalam perbincangan sastera. Contoh intertekstualiti ditemui dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Intertekstualiti juga terdapat dalam drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang,dan cerpen �Mahar Asmara� oleh Fatimah Busu.
purified textteks murni/teks nirmalaKesusasteraanTiadaTeks yang pertama kali dilahirkan oleh pengarang yang belum disunting dan disalin.
open textteks terbukaKesusasteraanTiadaTeks yang memungkinkan pelbagai interpretasi pembaca. Bahasa, tema dan strukturnya bersifat kompleks dan tidak eksplisit. Teks terbuka tidak khusus kepada mana-mana khalayak, dan wujud dalam pelbagai genre sastera. Konsep teks terbuka ini diutarakan oleh Umberto Eco untuk membezakannya dengan teks popular. Teks popular mempunyai sasaran khalayak khusus, contohnya teks cinta untuk golongan remaja.
productivity of teksproduktiviti teksKesusasteraanTiadaPenghasilan teks. Contoh dalam masyarakat tradisional kegiatan penghasilan teks terbatas hanya dilakukan oleh pujangga-pujangga istana.
12345678910...

Kembali ke atas