Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ték.si] | تيکسي

Definisi : (téksi) 1. kereta yg membawa penumpang dgn mengambil sewa, kereta sewa; ~ bandar teksi yg khusus beroperasi dlm kawasan bandar; ~ sapu teksi tidak berlesen; 2. bp beca roda tiga, biasanya di Kelantan;berteksi menaiki teksi: walaupun jaraknya sangat dekat, kami terpaksa ~ pd pagi itu kerana hujan sangat lebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ték.si] | تيکسي

Definisi : /téksi/ kereta sewa utk membawa para penumpang ke sesuatu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teksi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kereta sewa, limosin.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKSI

Teksi ialah kereta untuk disewa. Ia merupakan

sebahagian daripada sistem pengangkutan yang

penting di kota atau bandar moden. Undang-undang

tempatan biasanya menetapkan kadar yang

maksimum untuk teksi. Hampir kesemua teksi

menggunakan meter yang menunjukkan tambang

bagi jarak yang dilaluinya. Alat ini dicipta oleh

Wilhelm Bruhn pada tahun 1891. Sesetengah bandar

mempunyai tambang teksi mengikut zon. Teksi

boleh mengenakan tambang tambahan apabila

melalui sebuah zon ke zon yang lain.

Lihat juga Beca; Lanca.

UMUM 
TANDU

Tandu ialah alat seperti usungan yang digunakan

oleh orang Cina dan orang Jepun sejak bertahun-tahun,

seperti orang Barat menggunakan teksi.

Penumpangnya duduk atau baring dalam tandu yang

berbentuk kotak, yang panjangnya kira-kira 2.5 meter,

manakala lebar dan tingginya ialah 1 meter. Sisi tandu

berpintu. Struktur ini tergantung pada dua batang

tandu yang dipikul oleh empat orang.

UMUM 
SALLEH KAMIL

SALLEH KAMIL, (1924 – 1998), pelakon filem Singapura.  Dia lahir pada 24 April 1924 di Coleman Street, Singapura.  Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdullah.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Teng Road, Singapura.  Selepas berhenti sekolah, dia bekerja sebagai buruh kasar dan kemudian menjadi budak pejabat di sebuah syarikat swasta.  Salleh Kamil kemudiannya bekerja sebagai pemandu kereta dengan seorang saudagar Inggeris.  Selepas itu dia menjadi pemandu teksi sepenuh masa.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas