Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ték.stil] | تيکستيل

Definisi : (tékstil) barang tenun (kain putih, sutera, dll); kilang ~ kilang barang-barang tenun; kedai ~ kedai barang-barang tenun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ték.stil] | تيکستيل

Definisi : /tékstil/ kain (terutamanya yg ditenun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekstil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKSTIL

Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang

ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan

Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak

kain masih diperbuat daripada tenunan yang

menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua

jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil.

Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain

brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap

serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan

kain sebagai tekstil.

UMUM 
RAYON

Rayon ialah sejenis serat yang dibuat di kilang. Serat

rayon ini diperbuat daripada kayu atau kapas. Ia

digunakan dengan meluas dalam pembuatan bahan

industri serta tekstil anyaman dan tenunan untuk

pakaian dan perhiasan fabrik. Sesetengah fabrik yang

diperbuat daripada rayon diolah khas supaya kalis

haba dan digunakan dalam bahagian tertentu

pesawat angkasa lepas.

UMUM 
LILLE

Lille (pend. 168 424; pend. kaw. met. 936 295)

ialah bandar perindustrian di utara Perancis (lihat

Perancis [peta politik]). Bandar ini ialah pusat

bagi pengeluaran tekstil. Industri lain termasuk

pengeluaran kereta, alat elektronik dan petrokimia.

Lille juga mempunyai banyak kilang percetakan

yang besar, kilang penapis gula dan petroleum,

dan kilang pencelup. Muzium seninya mempunyai

lukisan yang dihasilkan oleh Rubens, Goya, Van

Dyck, dan yang lain.

UMUM 
ART DECO

Art deco, juga disebut sebagai style moderne ,

ialah sejenis gaya reka bentuk yang popular pada

tahun 1920-an dan tahun 1930-an. Ia digunakan

terutamanya pada perabot, barang kemas,

tembikar, dan tekstil. Kebanyakan pereka bentuk

art deco menghasilkan objek yang boleh

dikeluarkan secara besar-besaran, bukannya

karya tunggal seperti lukisan dan seni.

UMUM 
BATIKBatik, seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang. BUDAYAKonsep
TENUNAN

TENUNAN, hasil kraf tangan utama yang menampakkan keragaman tekstil Melayu. Kain tenunan bererti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masyarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenun duduk, tetapi berkembang kemudian dengan alat tenun berkaki. Tenunan paling awal di Tanah Melayu telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan, dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Masyarakat Iranun, Batak dan Toraja terkenal dengan tenunan ikat benang kapas.

BUDAYAKraf Tangan
DEKSTRIN

Dekstrin ialah bahan melekit yang terbentuk

semasa pemecahan kimia kanji. Sesetengah

dekstrin digunakan sebagai musilaj (gam) pada

setem pos dan sampul surat. Dekstrin juga

digunakan dalam menentukan saiz kertas dan

tekstil.

UMUM 
CINDAI

CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain.

 

BUDAYAKraf Tangan
SANTA ANA

Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua

terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan

pusat perdagangan yang penting, terutamanya

untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian

lain yang penting di Santa Ana termasuk

pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan

tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga

mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah

sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador

(peta politik).

UMUM 
ASHFIELD

Ashfield (pend. 106 800) ialah kawasan

perlombongan batu arang di Nottinghamshire,

England. Ashfield ialah daerah kerajaan tempatan,

yang termasuk bandar Hucknall, Kirkby di

Ashfield, dan Sutton di Ashfield. Industri penting

di bandar-bandar ini termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran perabot, hosieri, dan tekstil.

Sesetengah kampung perlombongan batu arang

seperti Selston diperikan dalam novel D.H

Lawrence (lihat Lawrence, D.H. )

UMUM 
123

Kembali ke atas