Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (tékstur) jalinan bahagian-bahagian yg halus sesuatu benda (spt jalinan serat pd kain, jalinan butir-butir halus tanah, dsb), daging (kain, buah, dll): tanah perlu diadun semula utk memperoleh ~ dan kesuburan yg sesuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /tékstur/ jalinan atau susunan bahagian-bahagian yg halus yg mem­bentuk sesuatu benda (spt jalinan serat pd kain, susunan butir-butir halus tanah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekstur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKUATIN

Akuatin ialah kaedah menggores plat tembaga.

Dalam akuatin, plat diusahakan dalam bentuk

bongkah, yang biasanya digabungkan dengan

garisan. Akuatin menghasilkan tekstur yang

menyenangkan, berlorek dan berbutir-butir.

UMUM 
SIRAP JAGUNG

Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis

yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses

makanan menggunakannya untuk memaniskan

makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan

banyak makanan yang lain. Sirap jagung

menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia

juga menarik dan membendung lembapan, dan

dengan itu ia membantu mencegah makanan

berbakar daripada menjadi keras.

UMUM 
SUP SARANG BURUNG

Sup sarang burung ialah makanan orang Cina

yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada

sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia

Tenggara yang tergolong dalam famili burung

layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan

dengan air liur yang telah keras daripada burung

swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini

menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup

kelihatan menarik. Rasa sup datangnya

terutamanya daripada jenis air rebusan sarang

burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung

yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air

rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan

ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik

dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup

sarang burung termasuk sup masin yang dihidang

sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut

yang manis yang dibuat dengan tembikai.

UMUM 

Kembali ke atas