Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (tékstur) jalinan bahagian-bahagian yg halus sesuatu benda (spt jalinan serat pd kain, jalinan butir-butir halus tanah, dsb), daging (kain, buah, dll): tanah perlu diadun semula utk memperoleh ~ dan kesuburan yg sesuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /tékstur/ jalinan atau susunan bahagian-bahagian yg halus yg mem­bentuk sesuatu benda (spt jalinan serat pd kain, susunan butir-butir halus tanah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekstur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
medium texturedtekstur sederhana)PertanianTiadaTekstur tanah pertengahan di antara tekstur halus dan tekstur kasar termasuk tekstur lom berpasir sangat halus, lom, lom berkelodak dan lodak.
saccharoidalsakaroidGeologiTiada1. Berhubung dengan tekstur bergranul atau tekstur habluran yang menyerupai tekstur gula kiub; berhubung dengan tekstur granul habluran yang dapat dilihat pada sesetengah batu pasir, evaporit, marmar, dan dolomit.,2. Berhubung dengan batuan sama butiran berwarna putih atau hampir putih yang mempunyai tekstur sakaroid.
textureteksturPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCiri struktur permukaan kayu yang merujuk kepada kesekataan relatif yang dapat dirasa, sama ada secara sentuhan atau melalui tindakan kayu pada alat pemotong. Tekstur kayu dapat ditentukan berdasarkan taburan dan ukuran unsur dan tisu kayu seperti vesel, gentian, trakeid, dan parenkima. Terdapat berbagai-bagai jenis tekstur kayu seperti tekstur halus, tekstur kasar, tekstur sekata, dan tekstur tidak sekata. Tekstur digunakan sebagai satu ciri untuk menerangkan sifat fizikal kayu.
loamybergeluhPertanianTiadaTekstur tanah yang pertengahan di antara tekstur halus dan tekstur kasar, termasuk semua kelas tekstur tanah yang mengandung perkataan 'lom' atau 'berlom'.
teksturteksturKesenianTiadaJalinan tenun.
coarse texturetekstur kasarPertanianTiada1. Tekstur yang merangkumi tekstur pasir, pasir berlom dan lom berpasir, kecuali lom berpasir sangat halus.
fine texturetekstur halusPertanianTiadaTekstur yang mengandungi kuantiti pecahan halus zarah tanah, terutamanya lodak dan lempung yang tinggi, termasuk tekstur lempung berpasir, lempung berlodak dan semua kelas tekstur lempung.
bourrelettekstur bureletKesenianTiada1. Tekstur burelet:Jahitan yang memberi kesan tekstur riak kepada fabrik dubel. Kesan ini dihasilkan dengan mengait dan melisu fabrik.
texture gradationperalihan teksturLandskapTiadaPerubahan tekstur sentuh dan visual secara beransur-ansur. Contohnya, perubahan tekstur sesuatu bah an daripada halus kepada sederhana dan kasar semasa membina permukaan laluan pejalan kaki.
moderately coarse texturetekstur sederhana kasarPertanianTiadaTekstur tanah yang mengandungi kebanyakannya zarah kasar termasuk semua tekstur lom berpasir melainkan lom berpasir sangat halus.
12345678910...

Kembali ke atas