Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan dll yg patut diikut, contoh: yg baik buat ~, yg buruk buat sempadan; meneladan meniru, mencontoh: mereka belajar dan ~ serta menerima perubahan di Barat; meneladani 1. memberi teladan kpd, men-jĀ­adi teladan kpd: guru hendaklah ~ muridnya; 2. meniru, mencontohi: beliau berharap agar pengunjung-pengunjung akan dapat ~ pertunjukan itu; kita boleh ~ dan belajar drpd negara jiran, iaitu Indonesia yg dapat mengeluarkan filem yg bermutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan dll yg patut diturut atau diikut; contoh: Perangainya yg lemah lembut itu menjadi ~ kpd teman-temannya. Hal yg baik buat ~. meneladan meniru; mencontoh: Kita hendaklah ~ cara-cara mereka membangunkan negara mereka. meneladani menunjukkan teladan kpd; memberi teladan kpd: Guru hendaklah ~ muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teladan (kata nama)
Bersinonim dengan contoh, model, ikut-ikutan, panduan, pedoman, nasihat, peringatan, pengajaran, iktibar, petunjuk;,
Kata Terbitan : meneladani,

Peribahasa

Jangan bercermin di air keruh.

Bermaksud :

Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leadership of examplekepemimpinan melalui teladanPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang menekankan model kepimpinan yang cemerlang. Model ini mengutamakan ciri-ciri, teladan dan sifat unggul yang dimiliki oleh seseorang pemimpin yang boleh memberi kesan positif dan menjadi ikutan orang ramai. Pemimpin sentiasa diharapkan berperilaku baik dan memiliki sifat kepimpinan yang mantap, bertanggungjawab, berkaliber, berdedikasi, bermoral tinggi serta sedia berkhidmat kepada orang ramai. Hal ini kerana mereka sentiasa menjadi perhatian dan rujukan awam. Slogan ini dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia.

parable playlakon teladanKesenianDrama dan TeaterDrama alegori yang menggunakan kisah lain supaya penonton membandingkannya dengan kisah sebenar. Drama ini diolah atas kekuatan memikat penonton dan menarik simpati. Lakon teladan yang berkesan biasanya dipersembahkan dalam bentuk drama sebabak.
role actionperanan teladanPerubatanTiadaTugas atau tanggungjawab jururawat yang bertepatan dengan peranannya. Tanggungjawab ini amat diharapkan oleh pesakit.
exemplary damagesganti-rugi teladanUndang-undangTiadaTiada
role modelmodel peranan/ suri teladanSosiologi KeluargaTiada-
exemplumcerita umpamaKesusasteraanTiadaAnekdot atau naratif pendek yang bersifat teladan.
modellingpemodelanPsikologiPsikologi UmumProses yang membolehkan maklumat disampaikan melalui contoh atau teladan sebelum amalan yang betul dapat dilaksanakan oleh individu. Bandura (1971) telah menamakan pemodelan sebagai pembelajaran secara cerapan atau pemerhatian. Banyak perkara yang dilakukan oleh individu dalam kehidupan seharian dipelajari dengan cara melihat, meniru atau memerhati sesuatu yang diperoleh daripada tindakan seseorang (model). Melalui pemodelan, individu mempelajari respons berdasarkan sejauh mana hasil yang didapati oleh model atau melihat peraturan umum yang boleh dipakai kepada situasi tertentu. Banyak kajian menunjukkan bahawa pembelajaran secara pemodelan ini boleh membawa akibat buruk, khususnya tingkah laku negatif. Contohnya, ramai kanak-kanak dan remaja memperlihatkan tingkah laku ganas melalui model-model televisyen.
reference groupkumpulan rujukanKomunikasiKorporatKumpulan tertentu yang menjadi bahan rujukan atau teladan dalam pembentukan citra dan tingkah laku bagi individu kumpulan atau sesebuah organisasi. Kumpulan rujukan ini biasanya terdiri daripada mereka yang telah berjaya dalam sesuatu usaha, atau individu terkenal seperti budayawan, seniman, ahli politik, ahli ekonomi, ahli sukan, dan para pemikir. Kumpulan ini biasanya mendapat liputan media atau terdedah kepada orang ramai. Dalam komunikasi korporat, kumpulan rujukan penting dalam konteks keberkaitan hubungan mereka dengan organisasi. Keberkaitan dengan kumpulan rujukan menunjukkan status organisasi dan kedudukan citra yang positif dalam kalangan khalayak berbanding organisasi lain. Kumpulan rujukan ini kerap dilantik sebagai perunding kehormat atau menjadi ahli lembaga pengarah organisasi. Kumpulan rujukan ini berfungsi untuk membantu meningkatkan dan mengekalkan citra dalaman dan luaran organisasi. Antara personaliti yang kerap menjadi kumpulan rujukan termasuklah ahli politik ternama, ahli perniagaan, pegawai kanan kerajaan yang pernah memegang jawatan strategik, ahli sukan, dan penghibur.
chapbookrisalah ceritaSejarahTiadaBuku kecil yang mengandungi cerita-cerita lama, lagu-lagu, teladan dan sebagainya.
observational learningpembelajaran pemerhatianPsikologiPsikologi UmumProses pembelajaran yang berdasarkan kepada contoh atau teladan sebelum amalan yang betul dapat dilaksanakan oleh seseorang. Lihat juga pemodelan.
123

Kembali ke atas