Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, "WHO telah mengagihkan 1.5 juta ujian makmal di seluruh dunia" atau "WHO telah mengagihkan 1.5 juta ujian makmal ke seluruh dunia"? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih.
Kedua-dua ayat tersebut betul. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "ke" juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa.
Tatabahasa01.04.2020
Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, sebagai contoh. Malaysia telah menandatangani 1. Konvensyen PBB, atau 2. Deklarasi PBB, atau 3. Artikel PBB. Terima kasih.Selamat petang

1.  Konvensyen  bermaksud persidangan atau perjumpaan anggota atau wakil pertubuhan politik dll utk membincangkan sesuatu.
2. Deklarasi bermaksud pernyataan (pengumuman) rasmi.
3. Artikel bermaksud 1. bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2. karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah.

Oleh itu, pernyataan yang betul ialah Deklarasi PBB.
Lain-lain26.09.2016
Salam sejahtera, Dimaklumkan bahawa saya merasai kecekapan bahagian anda telah turun dalam menyemak permohonan iklan berbanding dengan masa dahulu. Dahulunya, penyemakan hanya mengambil masa 1 hari, manakala kini telah melebihi 1 hari malah 1 minggu pun pernah jadi. Saya berharap pihak anda dapat mengatasi kelemahan ini. Selain daripada itu, saya berharap kakitangan anda dapat membezakan apanya nama syarikat yang telah diluluskan oleh SSM, janganlah menolak atas nama syarikat tersebut sebab itu adalah nama syarikat dan bukan sesuatu ayat. Sekian, terima kasih.Kami ambil perhatian aduan dan saranan tuan. Untuk makluman tuan, pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain30.07.2015
1) ... telah dibaham harimau... 2) ... telah dibaham oleh harimau ... yg mana satukah penggunaan yang betul?Kedua-dua frasa ini "telah dibaham harimau" dan "telah dibaham oleh harimau", betul.  Tatabahasa22.08.2015
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1">

1"> 

 
Lain-lain03.12.2019
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih.1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh.

2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu.

3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 

4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu.

5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa08.12.2020
soalan 1 1. Kak Lijah telah memberikan __________ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh A. sebahagian B. Separuh apa jawapannya dan kenapa soalan 2 1. __________ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu kepunyaan kakak saya. A. sebahagian B.Sebilangan soalan 3. 1. ______________ dia dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya itu. A. selayaknya B. sebetulnya C. Bahawasanya. soalan 4. 1. __________________ datang ke rumah saya pada malam ini kerana bapa saya akan mengadakan kenduri kesyukuran . A. Jemput B. sila C. Minta D. harap bagaimana nak bezakan jawapan tersebut.terimakasih dengan penjelasan yang diberi1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "sebahagian" dan "separuh" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua jawapan adalah betul.
2. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Jawapan yang sesuai ialah "sebahagian".
3. Selayaknya bermaksud sepatutnya, sepantasnya. Sebetulnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya, nyata. Bahawasanya bermaksud i. bahawa ii. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. Berdsarkan maksud yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "selayaknya".
4. Jawapan yang paling sesuai ialah "sila" kerana sila bermaksud minta dengan hormat supaya..., jemputlah, sudilah.
Tatabahasa19.04.2012
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih.Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka.  Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. Tatabahasa22.10.2011
Salam sejahtera. Saya ada 1 soalan 1. Adik menangis kerana telah dimarah oleh ibu. 2.Adik menangis kerana telah dimarahi oleh ibu. Ayat pertama dan boleh diterima atau tidak kerana tiada imbuhan akhiran "i" pada kata kerja?Ayat yang betul ialah "Adik menangis kerana telah dimarahi oleh ibu".Tatabahasa20.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas