Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
DDTDDTBiologiEkologiNama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara.
octantoktanMatematikTiada1. 1/8 daripada ruang yang dibahagi 8 sama oleh satah Cartesan.  2. 1/8 daripada sektor bulatan yang telah dibahagi 8 sama.,2. 1/8 daripada sektor bulatan yang telah dibahagi 8 sama.
document object model (DOM)model objek dokumen (DOM)Teknologi MaklumatPerisianPlatform bagi mewakili format HTML dan XML yang berkaitan. Spesifikasi DOM yang pertama (DOM 1) telah dikeluarkan pada tahun 1998. Sesuatu pelayar web tidak semestinya menggunakan DOM untuk melayari dokumen HTML tetapi DOM memerlukan penskripan JavaScript untuk melayari dan mengubah suai laman web secara dinamik. DOM menyokong navigasi dalam pelbagai arah dan membenarkan pengubahsuaian dengan menggunakan teknik penimbalan dokumen. Oleh itu, DOM sesuai untuk aplikasi yang memerlukan capaian dokumen secara berulang atau rawak.
hypertext transfer protocol (HTTP)protokol perpindahan hiperteks (HTTP)Teknologi MaklumatPerisianProtokol komunikasi yang digunakan untuk mencapai dokumen hiperteks dalam persekitaran web. Pembangunan HTTP telah diselaraskan oleh Konsortium WWW dan pasukan bertugas Kejuruteraan Internet (IETF), yang menghasilkan RFC2616 bagi mentakrifkan protokol versi pertama, iaitu HTTP/1.1 pada tahun 1999. Protokol ini merupakan piawai minta/tindak balas antara pelayan dengan pelanggan. Pelanggan merupakan pengguna akhir, manakala pelayan ialah tapak web. Oleh itu, pelanggan akan membuat permintaan HTTP menggunakan pelayar web atau alat yang berkaitan, manakala pelayan akan menyimpan sumber seperti fail HTML dan imej. Apabila pelanggan HTTP memulakan permintaan, kebiasaannya protokol ini akan mewujudkan hubungan protokol kawal perpindahan (TCP) kepada port tertentu pada hos untuk meneruskan proses permintaan pelanggan.
achievementpencapaianPentadbiran PerniagaanTiada1. Sesuatu yang telah dicapai. 2. Perbuatan yang berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah digariskan atau ditetapkan.
saltatory condition/saltatorialkeadaan saltatoriBiologiFisiologi1. Sifat haiwan yang telah menyesuaikan diri untuk melompat kerana salah satu atau beberapa anggotanya telah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, kaki belakang belalang bersaiz lebih besar berbanding dengan kaki belakang serangga yang lain. 2. Suatu keadaan yang menunjukkan pergerakan melalui suatu ruang, misalnya aliran melalui buku Ranvier pada gentian saraf bermielin.
pureepati; puriPentadbiran PerniagaanTiada1. Pati: Makanan yang telah dimasak atau mentah yang dilecek dan ditapis untuk mengasingkan isi daripada airnya.,2. Puri: Perahan daripada buah-buahan yang telah ditapis.
pureepati; puriPentadbiran PerniagaanTiada1. Pati: Makanan yang telah dimasak atau mentah yang dilecek dan ditapis untuk mengasingkan isi daripada airnya.,2. Puri: Perahan daripada buah-buahan yang telah ditapis.
waiting passenger indicatorpenunjuk penumpang tungguSosiologiTiada1. Penunjuk yang menunjukkan sama ada panggilan telefon telah didaftarkan ataupun telah dijawab.
maturitykematanganPerhutananPengurusan Hutan1. Peringkat umur ketika pokok atau tumbuhan telah terbentuk sepenuhnya, sama ada pada keupayaan pokok tersebut untuk menghasilkan buah ataupun telah mencapai umur yang sesuai untuk diusahahasilkan dari segi ekonomi. 2. Buah yang telah terbentuk sepenuhnya dari segi isi dan bijinya untuk tumbuh menjadi benih yang baru.
12345678910...

Kembali ke atas