Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Peribahasa

Lepas putih hitam tak dapat.

Bermaksud :

Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
Adakah "exco" telah menjadi kosa kata BM?kata 'exco' telah ada dalam kamus Dewan edisi ke-4.Tatabahasa21.04.2008
Assalam tuan/puan, Saya ingin dapatkan maklumat adakah buku aktiviti Matematik Tahun 1 Jilid 1 (Bahasa Melayu) telah ada dalam stok atau adakah telah dicetak? Hampir sebulan kami menunggu untuk mendapatkan buku tersebut sekitar Seremban dan Kuala Lumpur. Terima kasih atas perhatian tuan / puan/Waalaikumussalam WBT. Puan boleh menggunakan perkhidmatan pembelian dalam talian dengan melayari laman sesawang dbp.niaga.my. Terima kasih.Lain-lain13.02.2019
Semasa musim wabak COVID-19, telah tular istilah social distance. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "social distance"? "Jarak sosial" atau "penjarakkan sosial"? Atau telah ada istilah sedia ada bagi terjemahan perkataan tersebut. Terima kasih..

Cadangan padanan istilah yang sesuai bagi "social distance" ialah penjarakan sosial.

Istilah25.03.2020
Mengapa perkataan "tatacara" tidak termasuk dalam kata majmuk mantap sedangkan ia ditulis secara rapat?Senarai kata majmuk mantap yang tersenarai dan tular dalam kalangan pengguna ialah contoh kategori kata berkenaan. Penulisan kata "tatacara" telah ada rumus dalam tatabhasa, iaitu awalan asing yang lama terserap masuk dan menjadi sebati dengan perkataan dasar bahasa Melayu sehingga penggunaannya amat produktif dieja bergabung dengan kata dasar. Tatabahasa05.11.2023
Assalamualaikum WBT. Mengapa "carrot" dipadankan dengan kata "lobak merah" yang pada asasnya berwarna jingga jika dilihat dengan mata kasar? Dalam bidang morfologi, "merah" berfungsi sebagai penerang bagi kata nama "lobak". Walaupun begitu, kata "merah" dilihat tidak sesuai untuk menerangkan kata "lobak merah" yang dipadankan dengan "carrot" dalam bahasa Inggeris. Minta penjelasan daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, terbitan DBP, 1979 telah ada perkataan carrot dan diterjemahkan kepada lobak merah, malah Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970 telah ada entri lobak dan dimasukkan juga di bawahnya lobak merah. Hal ini bermakna perkataan dan padanan lobak merah bagi carrot telah ada sekian lama tetapi tidak diketahui etimologinya dan sumber rujukan kami tidak menemukan maklumat yang berkenaan.Lain-lain25.09.2021
SAYA BERMINAT UNTUK MEMULAKAN KARYA KEMAHIRAN SAYA ATAU MEWUJUDKAN PENULISAN DI DALAM BIDANG YANG SAYA MAHIR. HARAP BANTU SAYA DENGAN MEMBERIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU SAYA IKUTI JIKA MAHU MENERBITKAN BUKU SAYA.Sila hubungi saya melalui telefon (0122440569) untuk keterangan lanjut. Jika sdr. telah ada bahan penulisan sila bawa bahan tersebut untuk disemak dan dinilai oleh editor DBP.Lain-lain11.11.2011
Adakah penggunaan 'di mana' dalam ayat berikut betul? Jika tidak, tolong beri sebab. Pasar ialah tempat di mana ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dijual. Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Sekian, terima kasih.Penggunaan "di mana" dalam ayat tersebut dianggap lewah kerana telah ada perkataan tempat. Ayat yang lebih gramatis ialah: Pasar ialah tempat ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dijual.Tatabahasa30.12.2011
Assalamualaikum, bolehkah perkataan "fogging" seperti aktiviti fogging nyamuk digunapakai dalam bahasa Malaysia? Mungkin hanya italik perkataan tersebut. Terima kasih.Assalamualaikum, bolehkah perkataan "fogging" seperti aktiviti fogging nyamuk digunapakai dalam bahasa Malaysia? Mungkin hanya italik perkataan tersebut. Terima kasih.
Puan tidak perlu meminjam dan menulis italik istilah "fogging" kerana telah ada istilah padanan dalam bahasa Melayu iaitu "pengabutan",  yang merujuk "penggunaan pestisid dengan cara memanaskan bahan kimia, lalu membentuk bintik-bintik halus yang kelihatan seperti kabut, biasanya untuk membunuh nyamuk dan serangga perosak lain".
Istilah03.01.2014
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb.


Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan...
Tatabahasa19.11.2014
12345678910...

Kembali ke atas