Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Terdapat dadah dalam sistem badannya." atau "Terdapat dadah di dalam sistem badannya." Manakah betul. "Antara 24 Mac dan 28 Mei 2001, telah berlaku mogok." atau "Antara 24 Mac hingga 28 Mei 2001, telah berlaku mogok." Yang mana betulJawapan yang betul ialah:
1) Terdapat dadah dalam sistem badannya.
2) Antara 24 Mac hingga 28 Mei 2001, telah berlaku mogok.
Tatabahasa20.10.2020
cari makna gengsterism? Nyatakan Jumlah kes gengsterism yang telah berlaku di sekolah? Apa sebabnya?
Ancaman gengsterismeAninah Janang dan Suria JanibDewan Masyarakat01/06/2007Terperinci
 Ancaman gengsterisme menggemparkanAlong_redlineDewan Masyarakat01/07/2007Terperinci
 Membanteras jenayah gengsterismeMohd. Shukri Mohd. AriffDewan Masyarakat01/06/2007
Lain-lain23.03.2008
Saya ingin bertanya mengenai ejaan yang betul bagi bulan Februari, adakah telah berlaku perubahan ejaan kepada Febuari? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Februari.Ejaan26.02.2009
Saya ada satu kemusykilan. Adakah perkataan 'kaleidoskop' juga membawa maksud 'pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu tahun'? Terima kasih.Tuan,

Mengikut Kamus Dewan, kaleidoskop bermaksud:

1. sejenis alat mainan (berbentuk tiub, dengan lubang kecil pada satu peng­hujung) yang membolehkan seseorang melihat corak tertentu yang berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan;
2. pola warna, imej, dan sebagainya yang sering berubah dengan cepat.
Istilah08.06.2019
Saya cuba mencari ejaan jawi untuk perkataan gambar dlm daftar jawi beta..tetapi jwpn yg ditulis adalah مبر...saya rasa kesilapan telah berlaku. Mohon pihak tuan menyemak semula ejaan ini. Terima kasihBerdasarkan semakan kami, ejaan bagi perkataan gambar adalah betul. Dilampirkan salinan tersebut untuk makluman tuan.
Kata Sebutan Jawi
gambar [gam.bar] ݢمبر
Ejaan11.10.2015
Helo, Selamat Petang. Rumah saya baru-baru ini telah berlaku dimana Hama ( nama ini kawan yang beritahu ) menyerang. Saya rasa mungkin disebabkan oleh burung yang bawa hama. Saya telah cuba cari perkataan "hama" di internet. Namun semuanya kurang menyakinkan. Bolehkah tuan / puan tolong kongsikan apa itu hama? Apakah nama ingeris untuk hama? Dengan ini, saya boleh dapat lebih banyak infomas. Harap maaf sekiranya menganggu. Sekian Terima kasih.

Hama ialah:1.  penyakit, kuman yang menyebabkan penyakit; 2. kutu yang terdapat pada bulu atau pada tubuh ayam; dan 3. haiwan perosak yang seni (kecil), berbentuk leper, berkaki lapan dan berwarna merah. Hama dalam bahasa Inggeris ialah mite. Untuk maklumat lanjut tentang perkataan hama atau perkatan-perkataan lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.

 

Tatabahasa04.05.2011
Apa beza halangan, cabaran dan masalah? ciri yang utama yang membezakan 3 perkataan tersebut? adakah masalah = sesuatu yang telah berlaku atau sedang berlaku? adakah cabaran = sesuatu yang akan berlaku? adakah halangan = sama seperti cabaran?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud halangan ialah aral, gangguan, rintangan atau te­gah­an, manakala cabaran menurut Kamus Pelajar Edisis Kedua ialah ajakan untuk berlawan, tantangan atau sesuatu yang mencabar dan maksud masalah ialah sesuatu yang mesti diselesaikan. Makna27.01.2017
Apakah perbezaan antara 1 tersusun kemas 2 disusun dengan kemas 3 tersusun dengan kemasKetiga-tiga rangkai kata tersebut membawa maksud yang sama, iaitu perkara yang telah berlaku. Dari aspek tatabahasa, rangkai kata yang tepat ialah “tersusun kemas” dan “disusun dengan kemas.”Tatabahasa05.07.2023
Apakah perbezaan antara 1 tersusun kemas 2 disusun dengan kemas 3 tersusun dengan kemas

Ketiga-tiga rangkai kata tersebut membawa maksud yang sama, iaitu perkara yang telah berlaku. Dari aspek tatabahasa, rangkai kata yang tepat ialah “tersusun kemas” dan “disusun dengan kemas.”

 

Tatabahasa23.06.2023
Adakah ini maksud 'invader' dalam bahasa Melayu?

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengakui telah berlaku kesilapan sewaktu proses pemindahan daripada salinan keras kepada salinan lembut. Maksud invader yang betul adalah seperti maklumat di bawah:

invader

  • n approp n + yg menyerang (sst): the ~s were driven back with heavy losses, tentera yg menyerang itu diusir dan mengalami kekalahan yg teruk; they were forced to make peace with the ~s, mereka terpaksa berdamai dgn negara yg menyerang negara mereka.
Makna25.01.2018
12345678910...

Kembali ke atas