Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN POITIERS

Pertempuran Poitiers ialah nama bagi tiga

peristiwa. Pertempuran paling penting telah berlaku

pada tahun 1356, berhampiran sebuah bandar

bernama Poitiers di Perancis. Kemenangan tentera

Inggeris yang terkenal dalam Peperangan Seratus

Tahun berpunca dari Pertempuran Poitiers. Tentera

Inggeris telah diketuai oleh Edward ‘ Putera Hitam’

dari England. Raja John II dari Perancis telah

mengetuai tentera negaranya.

UMUM 
PERANG CHINA-JEPUN

Perang China-Jepun merujuk kepada dua

peperangan antara China dan Jepun yang berlaku

dari tahun 1894 hingga tahun 1895 dan dari tahun

1937 hingga tahun 1945. Perang yang pertama

berlaku kerana di Korea (Choson), yang pernah

menjadi negara pembayar ufti China selama

beratus-ratus tahun telah berlaku satu

pemberontakan pada tahun 1894. China

menghantar tenteranya ke Korea untuk

menamatkannya. Jepun juga menghantarkan

tentera untuk menjaga kepentingannya yang besar

di Korea.

UMUM 
PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS

Pertempuran Muktamad Lima Belas

merupakan pertempuran yang mempunyai kesan

dan makna yang hebat sehingga ia mengubah

sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya

dikenali sebagai pertempuran muktamad atau

penentu. Sir Edward Creasy (1812–1878), seorang

ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga

tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian

telah berlaku.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
DARURAT

DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERANG AL-QADISIYYAH

Perang al-Qadisiyyah berlaku pada bulan

Muharam tahun 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi.

Peperangan ini berlaku antara orang Islam dengan

Parsi pada zaman Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab.

Setelah berlakunya peperangan al-Buwaib, Parsi

telah mengetahui beberapa ancaman yang akan

menggugat negara mereka. Oleh yang demikian,

Parsi telah memulakan persiapan untuk serangan

yang baru dan berasingan. Mereka telah

mengerahkan penduduk tempatan di bawah

naungan orang Islam.

UMUM 
SELAT

Selat ialah terusan air yang sempit di antara dua

jasad air yang besar. Banyak peperangan telah

berlaku dan perjanjian dirundingkan untuk

menguasai dan menggunakan selat-selat penting di

dunia. Antara selat yang terkenal termasuk Selat

Gibraltar di antara Lautan Atlantik dan Laut

Mediterranean, dan Selat Bosporus dan Selat

Dardanelles di antara Laut Mediterranean dan Laut

Hitam. Selat Magellan yang terletak di hujung

Amerika Selatan adalah satu-satunya selat di antara

Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. Istilah selat,

laluan dan terusan biasa dipakai silih berganti

dengan satu dengan lain.

Lihat juga rencana berasingan dalam

Ensiklopedia Dunia tentang beberapa selat.

UMUM 
PERANG TELUK PARSI

Perang Teluk Parsi berlaku pada awal tahun

1991 antara Iraq dengan gabungan 39 buah

negara yang ditubuhkan terutamanya oleh

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB). Perang berlaku terutamanya di Iraq

dan Kuwait, negara kecil yang kaya dengan

minyak, yang telah diserang dan diduduki oleh

Iraq . Kedua-dua negara ini terletak bersebelahan

antara satu sama lain di hujung utara Teluk Parsi.

Negara utama dalam gabungan tersebut yang

menewaskan Iraq termasuk Mesir, Perancis, Arab

Saudi, Syria, United Kingdom dan Amerika

Syarikat.

UMUM 
PERANG YARMUK

Perang Yarmuk berlaku pada tahun 15 H./636

M. antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid

ibn al-Walid dengan tentera Rom di bawah

pimpinan Thiordas, pada zaman pemerintahan

Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab. Pada awal

pertempuran ini, tentera Islam telah berjaya

mengalahkan tentera Rom di bandar Fahl. Mereka

juga telah meneruskan penguasaannya sehingga

ke sempadan Damsyik. Di sana, tentera Islam

mengepung kota ini selama hampir setahun tujuh

bulan. Kemudian pihak musuh telah menyerah

diri. Hal ini berlaku pada tahun 14 H./635 M. Kesan

daripada penawanan Damsyik daripada tangan

tentera Byzantine Rom itu telah menyebabkan raja

mereka, Hercules menggerakkan bala tentera

yang dianggarkan seramai 200 000 anggota yang

dipimpin oleh saudaranya, Thiordous menentang

tentera Muslimin yang berjumlah 25 000 orang

yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid.

Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat

dielakkan. Pihak tentera Islam telah memperoleh

kemenangan.

UMUM 
STIM

Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas.

Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada

100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak

berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering

kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan

pada gas putih yang keluar daripada serombong

kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia

terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk

semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim

pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih

dikenali sebagai stim panas lampau.

UMUM 
12345

Kembali ke atas