Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Peribahasa

Menggungkan gung pesuk.

Bermaksud :

Membanggakan kekayaan yang telah lalu.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terima kasih atas jawapan yang telah lalu. Ada jawapan (seperti mutiara kata ialah simpulan bahasa) dapat meningkatkan keyakinan saya menggunakan bahasa dan memberikan panduan kepada pelajar. Soalan: “Perkara itu sudah diuar-uarkan melalui akhbar dalam talian.” Benarkah kata kita boleh “menguar-uarkan” sesuatu melalui akhbar?Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata "menguar-uarkan" ; meneriak-neriakkan sesuatu utk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dgn suara yg kuat; 2. ki menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dll): sejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yg diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi. Oleh yang demikian, kata  menguar-nguarkan boleh digunakan untuk tujuan penghebahan atau pemberitahuan dalam media massa.Tatabahasa05.03.2009
Apakah terjemahan bagi "current state leaders"? "pemimpin negara sekarang" atau "pemimpin negara semasa"? atau lain?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud sekarang ialah waktu bukan yang telah lalu dan bukan yang akan datang manakala semasa pula bermaksud sama masa dengan atau pada ketika yang sama. Maka terjemahan yang lebih sesuai bagi current state leaders ialah pemimpin negara sekarang.Makna23.03.2018
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama?Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa.Makna16.08.2010
Abdul Halim R SAYA ABDUL HALIM "R" BEBERAPA TAHUN LALU TELAH MENJUAL KOLEKSI SAYA KPD PUSAT DOKUMENTASI MELAYU DBP: ■Buku,majalah,risalah. ■Penerbitan sulung...bil 1 ■Draf... ■Foto. SAYA INGIN TAHU ADAKAH SEMUANYA TELAH DISUSUN UNTUK SAYA INGIN PERGI MENATAPNYA? Wassalam. AboutMohon hubungi Ketua Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu, Puan Kamariah Abu Samah melalui talian 03-21479545 atau e-mel kamariah@dbp.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hal tersebut.Lain-lain11.11.2016
Apa itu masa?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;Makna13.10.2010
1. Saya adalah Setiausaha PIBG yang baru. Pada mesyuarat kali pertama yang lalu saya telah ditanya tentang minit mesyuarat AJK PIBG. Soalan saya, adakah perlu diedarkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan kerana mesyuarat baru-baru ini adalah yang kali pertama. 2. Adakah sah laku sesuatu pekeliling kementerian yang tidak ditandatangani tetapi hanya terdapat nama sahaja.

Minit mesyuarat hendaklah diedarkan pada setiap kali mesyuarat tersebut diadakan walaupun saudara/ saudari setiausaha yang baru. Soalan ke-2, tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Harap maklum.

Tatabahasa26.07.2008
1.Beliau berminat melakukan tugas (memelihara , pemeliharaan) alam sekitar .Mana satu betul? 2.Pada musim cuti (persekolahan ,sekolah) yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya. Mana satu yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: 1. Beliau berminat melakukan tugas memelihara alam sekitar. 2.Pada musim cuti  sekolah yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya.  Tatabahasa22.09.2020
Adakah saya seperti berikut adalah betul dan tolong cadangkan jawapan yang sesuai: 1. Sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Ahad yang lalu. atau Sekolah saya telah mengadakan hari kantin pada hari Ahad yang lalu. 2. Bapa saya ialah seorang guru. atau Bapa saya adalah seorang guru. inilah masalah yang saya biasa hadapi semasa mengajar penulisan. sebab buku rujukan yang lain memberikan jawapan yang berlainan.

Cadangan jawapan yang betul ialah 'sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Ahad yang lalu. 2. Bapa saya ialah seorang guru. Harap maklum.

Tatabahasa19.07.2008
Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;

waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam;
Makna22.02.2012
tolong semakan perenggan ayat ini dan beri panduan: Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan...
Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta.

Antara langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ialah kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan kempen berkongsi kereta

Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan

Melalui kempen tersebut, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan penggunaan petrol kereta dapat dijimatkan.

petrol = minyak drpd petroleum yg telah dibersihkan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin; minyak benzin.
Tatabahasa13.10.2012
12345678910

Kembali ke atas