Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Peribahasa

Menggungkan gung pesuk.

Bermaksud :

Membanggakan kekayaan yang telah lalu.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equivalency testujian setaraPendidikanTiadaUjian untuk menentukan tahap pengetahuan dan pengalaman lalu telah memenuhi keperluan pencapaian masuk sesuatu kursus.
protogalaxyprotogalaksiMatematikTiadaAwan gas raksasa yang diandaikan wujud pada suatu ketika yang lampau dan telah memadat lalu menjadi bintang yang membentuk galaksi yang kita ketahui sekarang ini.
qada’menunaikan kewajipanPerniagaan IslamTiadaPelaksanaan tugas yang sama, sebagai ganti kepada tinggalan tugas tersebut pada masa lalu. Contohnya, pembayaran cukai yang tidak dilaksanakan pada tahun lalu mesti dibayar, walaupun tempoh taksiran telah berlalu.
ripple-through counterpembilang riak laluKejuruteraanTiadaPembilang yang padanya setiap flip-flop tidak boleh berubah keadaan sehingga selepas flip-flop sebelumnya telah berubah keadaan. Sinonim: pembilang siri.
aerial navigationpengawasan ruang udaraSains PolitikHubungan AntarabangsaKawalan terhadap hak ruang udara sesebuah negara. Hak tersebut telah disepakati dalam Konvensyen Paris pada tahun 1919. Konvensyen tersebut telah menetapkan bahawa setiap negara mempunyai kedaulatan terhadap ruang tanpa batas ketinggian. Sekiranya pesawat negara asing mendarat di sesebuah negara, negara tersebut mempunyai hak membuat pemeriksaan terhadap pesawat tersebut. Selain itu, lalu lintas udara juga dibuat melalui kerjasama dua atau pelbagai negara.
dentine bridgejambatan dentinPergigianTiadaLapisan dentin yang terbentuk di atas bumbung pulpa yang telah terdedah sebelumnya. Jambatan dentin ini terhasil berikutan dorongan peletakan simen kalsium hidroksida semasa peringkat penyediaan kaviti yang lalu. Ia juga bertindak sebagai pelindung tisu pulpa yang terdedah.
pay-as-you-go planpelan bayar sambil laluPentadbiran PerniagaanTiadaIstilah skim pencen, ini digunakan apabila tiada pendanaan atau rizab diwujudkan untuk membayar liabiliti pencen pada masa hadapan. Ini bermakna bahawa caruman daripada ahli yang masih bekerja akan digunakan untuk membayar faedah persaraan kepada ahli yang telah bersara.
nitro shootingpenembak nitroKejuruteraanPetroleumProses perangsangan formasi yang pertama kali digunakan di Pennsylvania sekitar 100 tahun yang lalu. Dalam kaedah ini nitrogliserin diletakkan di dalam telaga dan kemudiannya diletupkan untuk meretakkan batuan. Biasanya diletakkan juga pasir dan kerikil di atas cas bahan letupan tersebut untuk meningkatkan kecekapan letupan tersebut. Sekarang kaedah ini sudah tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan kaedah peretakan formasi.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.
flashbackimbas kembaliKesenianDrama dan TeaterTeknik penceritaan yang digunakan dalam drama atau teater untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot kebelakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbualan.
12

Kembali ke atas