Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lan.jang] | تلنجڠ

Definisi : = bertelanjang 1. tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian), berbogel: dia mem­buka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; apa­bila ia menoleh kpd tubuhnya barulah di­ketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat; 2. tidak bersarung (keris, pedang, dll), ter­cabut, terhunus: rakyat Feringgi tujuh puluh ribu berdiri serta memegang pedang ber­telanjang; 3. tidak mempunyai pakaian (per­hiasan dll), tidak ada yg tinggal (harta benda); 4. tidak bertutup, terbuka, terdedah: ketika kami asyik bermain-main, datang sepuluh orang tentera dgn dada ~; ~ bulat (bogel, buta, loncos) telanjang sama sekali; telah bertelanjang prb habis kain baju tergadai kerana kalah berjudi; menelanjangi 1. menanggalkan (segala pakai­an dll) yg dipakai: ditelanjanginya anak­nya itu; 2. merampas segala pakaian (per­hias­an dll) yg dipakai: ~ penumpang-penum­pang dr barang-barang mereka; 3. ki mem­bukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedah­kan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lan.jang] | تلنجڠ

Definisi : 1 tidak bertutup dgn pakai­an (bkn tubuh); bogel: Saya tidak suka mandi ~. ~ bulat (bogel) tidak mempunyai suatu apa pun (pakaian) di badan. 2 tidak bersarung (ttg keris, pedang dsb). bertelanjang berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. menelanjangi 1 menanggalkan atau melucutkan segala pakaian yg dipakai; menjadikan (seseorang) telanjang: ~ bayi utk dimandikan. 2 merampas segala pakaian atau barang hingga habis semuanya. menelanjangkan men­jadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. ketelanjangan keadaan atau perihal telanjang; keadaan di­ketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. pene­lanjangan perbuatan, perihal dsb me­ne­­lanjangi atau menelanjangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telanjang (adjektif)
Bersinonim dengan bogel, bolen, bogang;,
Kata Terbitan : bertelanjang, menelanjangi, menelanjangkan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
nakedtelanjangTiadabogelBiologi
bare-patchtompok telanjangtompok terdedahtompok dedahPertanian
bare soiltanah telanjangtanah dedahtanah dedahPertanian
bare electrodeelektroda telanjangelektrod terdedahelektrod terdedahKejuruteraan
bare electrodeelektroda telanjangelektrod terdedahelektrod terdedahKejuruteraan
bare root treepohon akar telanjangpokok akar dedahpokok akar dedahPertanian

Kembali ke atas