Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lap] | تلڤ

Definisi : 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilu­kai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanah­nya tanah liat yg tidak ~ air; menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lap] | تلڤ

Definisi : = telapa ark 1. bekas utk menyimpan sesuatu; 2. bekas drpd tembikar dll utk me­nyim­pan bau-bauan (gambir, tembakau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lap] | تلڤ

Definisi : 1 dpt menembusi (ttg senjata tajam, spt keris); makan; mempan. 2 dpt dilukai oleh senjata; lut: tiada ~ oleh senjata. 3 dpt dimasuki atau dpt diresapi air dll. menelap makan pd (ttg senjata); melukai; mencederakan. ketelapan keadaan atau sifat telap: Permukaan cerun itu sentiasa kering oleh sebab ~ batu-batannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telap (adjektif)
1. Bersinonim dengan serap: jerap, tembus, masuk, bobos,

2. Bersinonim dengan mempan: lut, telut, makan,
Berantonim dengan kebal.


Peribahasa

Seperti telap dengan tudungnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Air telaga itu telap ketika musim kemarau.. Adakah sesuai penggunaan perkataan telap dalam ayat ? Terima kasih.Ayat di atas betul.Makna28.07.2017
apakah maksud telap dan tiris?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang;Lain-lain01.07.2010
Assalamualaikum wbt saya ingin tanya apakah terjemahan paling tepat untuk "breathable" dalam konteks dibawah Breathable and Water Permeable Nail Polish. Pengilat kuku telap air dan _________ . Adakah Lut udara sesuai seperi dalam terjemahan di https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=breathable&d=226112&#LIHATSINI atau itu hanya sesuai untuk baju? Terima kasih.Ya, perkataan breathable boleh diterjemahkan kepada lut udara mengikut konsep yang pihak tuan maksudkan.Istilah13.09.2021
(9) Pemegang lesen tidak boleh menggunakan atau membenar digunakan, dalam penyediaan apa-apa makanan, mana-mana meja, almari, bangku atau sebarang perabot seumpamanya yang permukaannya bersentuh dengan apa-apa makanan, kecuali permukaan itu diperbuat daripada kayu keras bersambung rapat dan licin atau sesuatu bahan licin yang tidak telap air. (perkataan "membenar" adakah betul atau salah? adakah ia perlu ditambah imbuhan -kan di akhir perkataan tersebut untuk ayat di atas) sekian. terima kasih

Nurul

Sila berikan konteks penggunaan ayat ini. Ayat ini terlalu panjang dan pengguna akan mendapati sukar untuk mengikuti arahan yang diberikan.

Tatabahasa03.08.2010

Kembali ke atas