Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lap] | تلڤ

Definisi : 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilu­kai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanah­nya tanah liat yg tidak ~ air; menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lap] | تلڤ

Definisi : = telapa ark 1. bekas utk menyimpan sesuatu; 2. bekas drpd tembikar dll utk me­nyim­pan bau-bauan (gambir, tembakau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lap] | تلڤ

Definisi : 1 dpt menembusi (ttg senjata tajam, spt keris); makan; mempan. 2 dpt dilukai oleh senjata; lut: tiada ~ oleh senjata. 3 dpt dimasuki atau dpt diresapi air dll. menelap makan pd (ttg senjata); melukai; mencederakan. ketelapan keadaan atau sifat telap: Permukaan cerun itu sentiasa kering oleh sebab ~ batu-batannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telap (adjektif)
1. Bersinonim dengan serap: jerap, tembus, masuk, bobos,

2. Bersinonim dengan mempan: lut, telut, makan,
Berantonim dengan kebal.


Peribahasa

Seperti telap dengan tudungnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boundary, semi-pervious syn. boundary, leakyperbatas separa telapHidrologiTiadaPerbatas antara lapisan telap dan lapisan separa telap.
semipermeableseparuh telapPerubatanTiadaBerkaitan dengan membran yang telap bagi pelarut, terutama air tetapi tidak telap bagi zat terlarut.
confining bedlapisan mengekangGeologiTiadaJasad bahan tak telap atau kurang telap yang secara stratigrafinya terdapat bersebelahan dengan akuifer.
streaming potentialkeupayaan penyaluranKejuruteraanTiadaPerbezaan keupayaan di antara diafragma telap atau pepejal boleh telap lain dan cecair yang melaluinya.
osmosisosmosisHidrologiTiadaPerjalanan pelarut dari suatu larutan cair ke suatu yang lebih pekat melalui suatu membran yang separa telap, iaitu yang hanya telap bagi pelarut. (GG)
fault trapperangkap sesarKejuruteraanPetroleumPerangkap hidrokarbon di subpermukaan yang terjadi akibat daripada penyesaran. Lapisan batuan yang tak telap telah teralih dari kedudukan asalnya ke kedudukan yang bersetentang dengan lapisan telap yang mengandungi hidrokarbon. Dengan demikian, lapisan tak telap itu menjadi penghalang kepada aliran hidrokarbon yang terdapat dalam batuan yang telap tersebut.
impermeabletak telapPerubatanTiadaTidak boleh ditembusi atau telap terutama oleh air.
impermeabletak telapPerubatanTiadaTidak boleh ditembusi atau telap terutama oleh air.
impermeabletak telapGeografiTiadaTidak boleh ditembusi atau telap terutama oleh air.
permeable stratelapisan telapGeografiTiadaLapisan atau strata batuan yang boleh telap air.
12345678910...

Kembali ke atas