Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.la.pa/] | تلاڤق

Definisi : telapakan 1. tapak kaki, tapak tang­an: dia meletakkan wang itu ke ~ tangan­nya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda); di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b) anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.la.pa/] | تلاڤق

Definisi : , = telapakan tapak kaki atau tapak tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telapak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang betul 1. Syurga ada di telapak kaki ibu 2. Syurga ada pada telapak kaki ibu Mohon sertakan alasan. Terima kasih.Rangkai kata tersebut merupakan ungkapan yang mempunyai makna kiasan dan merupakan warisan sejak dahulu. Oleh itu, bentuk penulisannya dikekalkan.Lain-lain17.02.2020
"Syurga itu di bawah telapak kaki ibu' dikategorikan sebagai apa ya? Bolehkan dikategorikan sebagai peribahasa? Terima kasih.Ungkapan 'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu' bukan peribahasa Melayu. Ungkapan ini merupakan kata hikmat yang sering digunakan sebagai tajuk karya, cerita dan sebagainya. Lain-lain02.02.2011
Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali

1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali

Tatabahasa21.10.2010
APAKAH CARA PALING MUDAH UNTUK SAYA MENGETAHUI ATAU MENYEMAK MAKNA SESUATU PERKATAAN?Sila dapatkan perisian makna daripada penerbit swasta yang menyediakan perisian makna kata. Misalnya, dapatkan kamus telapak BESTA atau layari laman web DBP.Lain-lain17.02.2008
saya sedang mencari perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan. Bolehkah pihak tuan menyenaraikan perkataan-perkataan tersebut sekian terima kasih.Antara contoh perkataan-perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan seperti 1. tapak - telapak, 2. kupas - kelupas, 3. kemumur - kelemumur. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 45, 71, 72, 131, 132, 217, 599, 602.Lain-lain18.10.2010
adakah perkataan pelbagai,peringkat dan pertama dikategorikan sebagai imbuhan sisipan el dan er? saya ingin menyiapkan tugasan mengenai morfologi.t kasih.Perkataan pelbagai, peringkat dan pertama tidak dikategorikan sebagai sisipan el dan er. Contoh yang betul ialah telapak, seruling dan gemerlap.Tatabahasa07.11.2010
selain daripada imbuhan sisipan -el-, -er- dan -em-, apa lagi yang wujud beserta contoh perkataannya?Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat tiga bentuk sisipan kata nama (KN), iaitu  -em-, -el-, -er-, dan empat bentuk sisipan kata adjektif (KAdj), iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-.

Contoh:
1. Sisipan -em-:  KN kuning - kemuning, KAdj serbak - semerbak
2. Sisipan -el-: KN tapak - telapak, KAdj geman - geleman
3. Sisipan -er-: KN gigi - gerigi, KAdj godak - gerodak
4. Sisipan -in-: Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sambung - sinambung.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 131 dan 237 untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa26.07.2021
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif?

Puan Rabiatul Adawiyah,

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan.

Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa

Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan

Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan

Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk.

untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih

 

 

Tatabahasa17.03.2010

Kembali ke atas