Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : (téléfon) 1. = pesawat ~ alat utk ber­cakap dgn orang yg jauh (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit); membuat panggilan ~ menelefon; 2. percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut: suatu pagi Mustapha menerima ~ sewaktu dia baru benar sampai di markas polis; ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai; ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang; ~ selular telefon bimbit; ~ telinga sj alat yg dipakai di telinga utk membolehkan seseorang mendengar siaran radio atau perhubungan telefon; bertelefon 1. mempunyai telefon; 2. sedang bercakap melalui telefon; menelefon bercakap (memanggil) melalui telefon: dia telah ~nya dan menceritakan apa yg terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : /téléfon/ 1 = pesawat ~ alat utk bercakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat). 2 per­cakapan menerusi pesawat telefon: Pagi tadi dia telah menerima panggilan ~ drpd abangnya yg sedang belajar di Ipoh. ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai. ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang. ~ selular telefon bimbit. bertelefon 1 bercakap melalui telefon; berhubung dgn menggunakan telefon: Ani sedang ~. 2 mempunyai telefon. menelefon bercakap-cakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain dgn menggunakan telefon: Dia telah ~ pihak polis utk memberitahukan kemalangan jalan raya yg baru berlaku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa padanan kata untuk "smart phone"? Telefon pintar atau telefon bijak?Telefon pintarIstilah16.05.2019
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020
Telefon bimbit saya bermula. Ayat ini betul ke?Ayat tersebut kurang tepat dari segi nahu.Tatabahasa20.10.2023
saya ingin tahu maksud telefon pintar

Selamat petang saudari Mila,

Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar
 telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone.

Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar.

Makna15.10.2012
Pada zaman ini, banyak pengeluar telefon pintar menghasilkan telefon pintar boleh lipat (fold). Boleh saya dapatkan padanan sesuai untuk "hinge" dan "crease". Boleh rujuk beberapa penulisan luar untuk memahami lebih terperinci maksud hinge dan crease yang saya maksudkan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah hinge ialah cemat, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah crease ialah garis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.03.2023
Assalamualaikum. Mohon pencerahan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat ini betul: 'Telefon anda boleh dibuka kuncinya oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda.' Apakah fungsi 'nya' dalam ayat tersebut? Terima kasih.Ayat yang betul: Kunci telefon anda boleh dibuka oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda.

-nya merupakan kata ganti diri ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA halaman 103-104)
Tatabahasa20.08.2019
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Adi tidak mahu beri balik telefon bimbit Budi. 2. Adi tidak mahu bagi balik telefon bimbit Budi. 3. Adi tidak mahu kasi balik telefon bimbit Budi. 4. Ana melihat papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang sampah sembarangan. 5. Ana melihat papan tanda melarang membuang sampah sembarangan. 6. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Ayat yang betul seperti yang berikut:

  1. Adi tidak mahu memberikan semula telefon bimbit Budi.
  2. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Tatabahasa18.10.2022
Salam sejahtera. Tuan, Ayat yang manakah betul; Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya.Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. Kedua-dua ayat itu betul, balik dan pulang sama maknanya.Tatabahasa21.07.2008
SYARIKAT KAMI MAHU MENGESAHKAN SIGN BOARD KAMI KEPADA PIHAK TUAN UNTUK KELULUSAN LESEN PERNIAGAAN. KAMI TELAH MENGHUBUNGI PIHAK TUAN TAPI TELEFON TIDAK DIANGKAT DAN NOMBOR TELEFON ADALAH SALAH. TOLONG REPLY EMAIL ATAU TUAN TELEFON NOMBOR NI 03-51919552.Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua keping visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter.
Lain-lain06.05.2019
handphonetelefon bimbitIstilah05.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas