Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : (téléfon) 1. = pesawat ~ alat utk ber­cakap dgn orang yg jauh (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit); membuat panggilan ~ menelefon; 2. percakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut: suatu pagi Mustapha menerima ~ sewaktu dia baru benar sampai di markas polis; ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai; ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang; ~ selular telefon bimbit; ~ telinga sj alat yg dipakai di telinga utk membolehkan seseorang mendengar siaran radio atau perhubungan telefon; bertelefon 1. mempunyai telefon; 2. sedang bercakap melalui telefon; menelefon bercakap (memanggil) melalui telefon: dia telah ~nya dan menceritakan apa yg terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.fon] | تيليفون

Definisi : /téléfon/ 1 = pesawat ~ alat utk bercakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain (dgn menggunakan tenaga elektrik dan kawat). 2 per­cakapan menerusi pesawat telefon: Pagi tadi dia telah menerima panggilan ~ drpd abangnya yg sedang belajar di Ipoh. ~ awam telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai. ~ bimbit telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang. ~ selular telefon bimbit. bertelefon 1 bercakap melalui telefon; berhubung dgn menggunakan telefon: Ani sedang ~. 2 mempunyai telefon. menelefon bercakap-cakap dgn orang di tempat jauh atau di tempat lain dgn menggunakan telefon: Dia telah ~ pihak polis utk memberitahukan kemalangan jalan raya yg baru berlaku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dial-a-ridebas telefon; teksi telefonKejuruteraan AutomotifTiada1. Bas telefon: Sistem bas yang memberi perkhidmatan berdasarkan panggilan telefon daripada pengguna.
ringing tonenada deringKejuruteraanTiadaIsyarat yang didengari pengguna telefon apabila telefon terpanggil didering.
signaling system 7 (SS-7)sistem pengisyaratan 7 (SS-7)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol yang digunakan oleh syarikat telefon untuk menyelesaikan masalah serangan pemfrikan. Protokol ini mengasingkan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat data telefon, seperti data suara atau data paket ke jalur dalam. Protokol ini menghalang pemfrik daripada menggunakan alat seperti kota biru atau kotak hitam pada ganggang atau litar suara telefon untuk mengawal perkhidmatan telefon atau memperoleh perkhidmatan teristimewa daripada syarikat telefon. Hal ini demikian kerana litar ganggang telefon berada dalam jalur yang berlainan dan terpisah secara fizikal daripada jalur luar rangkaian telefon.
XT (cross talk)XT (cakap silang)Teknologi MaklumatTiadaKeadaan yang menyebabkan seseorang dapat mendengar melalui telefon perbualan telefon orang lain.
CTI (computer telephone integration)CTI (penyepaduan telefon komputer)Teknologi MaklumatTiadaPenggabungan data dengan sistem suara untuk meningkatkan perkhidmatan telefon dengan menyambungkan komputer pada suis telefon untuk mengeluarkan perintah kepada suis telefon. Contohnya, pengenalan nombor automatik, telefoni IP dan sambutan interaktif suara.
PBX (private branch exchange)PBX (tukaran cabang persendirian)Teknologi MaklumatTiadaSistem pensuisan telefon dalaman sesuatu organisasi yang membolehkan sambungan telefon dalaman saling menyambung, dan sistem telefon dalaman disambung dengan sistem telefon luar.
telephone operationpengendalian telefonPentadbiran PerniagaanTiadaPengendalian telefon yang merangkumi tatacara menerima dan membuat panggilan, pengurusan peralatan telefon dan sebagainya.
feature phonetelefon asasTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTelefon mudah alih yang boleh melakukan beberapa perkara penting seperti menyambung ke internet, memainkan dan menyimpan muzik tetapi tidak mempunyai semua fungsi telefon pintar.
push to talk operationkendalian tekan untuk cakapKejuruteraanTiadaKaedah pengendalian telefon apabila penghantar telefon tidak disambungkan kepada litar sehinggalah punat tekan gagang ditekan.
OAI (open application interface)OAI (antara muka aplikasi terbuka)Teknologi MaklumatTiadaPerisian antara muka yang menghubungkan komputer ke sistem telefon (PBX) supaya sistem telefon dapat menerima arahan seperti jawab, tunggu, sambung dan lain-lain.
12345678910...

Kembali ke atas