Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.fo.ni] | تيليفوني

Definisi : (téléfoni) sistem komunikasi utk penghantaran bunyi, suara, atau isyarat melalui telefon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefoni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
JTAPI (Java telephony application programming interface)JTAPI (antara muka atur cara aplikasi telefoni Java)Teknologi MaklumatTiadaSatu set API yang direka bentuk secara berstruktur untuk aplikasi komputer telefoni yang berasaskan Java.
Internet telephonytelefoni InternetTeknologi MaklumatTiadaSet perkakasan dan perisian yang digunakan untuk melakukan panggilan atau faks ke serata dunia dengan menggunakan rangkaian Internet sebagai ganti talian telefon. Ia lebih murah berbanding dengan talian telefon biasa kerana melibatkan panggilan tempatan dan bukan panggilan antarabangsa. Contohnya, panggilan ke Australia cuma RM0.29 seminit melalui telefoni Internet berbanding dengan panggilan telefon biasa yang berharga RM0.90 seminit melalui talian telefon biasa. Walau bagaimanapun, kualiti panggilannya lebih rendah. Sistem telefoni Internet terdiri daripada komponen berikut : a)peranti akhir seperti telefon biasa, komputer multimedia atau terminal khusus b) get laluan untuk menterjemah data audio kepada digital dan sebaliknya danc)proksi yang menguruskan panggilan secara berpusat d) unit persidangan berbilang titik.
telephonytelefoniKejuruteraanTiadaTiada
telephonytelefoniSosiologiTiadaPecahan sistem telekomunikasi untuk membolehkan perhubungan percakapan, suara, dan atau isyarat dari dua atau lebih tempat pada sebarang jarak.
carrier telephonytelefoni pembawaKejuruteraanTiadaTiada
radio telephonytelefoni radioKejuruteraanTiadapertuturan radio.
CDMA (code division multiple acess)CDMA (capaian berbilang bahagian kod)Teknologi MaklumatTiadaProtokol untuk telefoni selular digital atau komunikasi wayarles yang membenarkan penghantaran data banyak isyarat secara serentak dalam satu saluran. Teknologi ini beroperasi dalam jalur 800 MHz dan1.9 GHz. Sinonim CDMA (call division multiple access)
TDMA (time division multiple access)TDMA (capaian berbilang bahagian masa)Teknologi MaklumatTiadaProtokol untuk telefoni selular digital yang membolehkan berbilang pemanggil berkongsi saluran yang sama dengan memberikan setiap telefon slot masa tertentu untuk menghantar atau menerima isyarat.Teknologi ini beroperasi dalam jalur 800 MHz dan 1900 MHz.
radiotelephoneradiotelefonKejuruteraanTiadaPemancar radio, penerima radio dan kelengkapan yang berkaitan, yang diperlukan di sebuah stesen untuk telefoni. Sinonim: radiofon
CTI (computer telephone integration)CTI (penyepaduan telefon komputer)Teknologi MaklumatTiadaPenggabungan data dengan sistem suara untuk meningkatkan perkhidmatan telefon dengan menyambungkan komputer pada suis telefon untuk mengeluarkan perintah kepada suis telefon. Contohnya, pengenalan nombor automatik, telefoni IP dan sambutan interaktif suara.

Kembali ke atas