Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.gram] | تيليݢرم

Definisi : (télégram) berita (perkhabaran) yg dihantar dgn telegraf, berita kawat: ~ itu menyatakan suaminya baru sahaja mening­gal dunia; menelegram menghantar berita dgn tele­graf, mengetuk kawat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.gram] | تيليݢرم

Definisi : /télégram/ berita yg di­hantar dgn kawat atau dgn wayarles: ~ yg diterimanya itu menyatakan bahawa bapanya sedang sakit. bertelegram berhubung dgn menghatar telegram: Mereka tidak bertemu, cuma ~. me­nelegram menghantar telegram kpd: Dia ~ anaknya utk memberitahukan kematian tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telegram


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum, dalam telegram ada dbp dalam tu ada banyak istilah baru dikeluarkan , saya nak tanya dimana saya boleh cari istilah istilah itu secara dalam talian, saya mahu search dengan mudah?Selain daripada media sosial rasmi DBP, saudara boleh mendapatkan istilah-istilah bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh DBP melalui:

1) Portal Jendela DBP (jendeladbp.my) melalui ruangan Peka Bahasa
2) Portal Gerbang Kata (ekamus.dbp.gov.my) melalui ruangan Istilah Semasa dalam Talian
Istilah27.03.2023
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'blog'. Apakah definisi sebenar perkataan tersebut? Bolehkah kita anggap aplikasi seperti Whatsapp atau Telegram sebagai 'blog'? Terima kasih. ConnellyBlog merupakan laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Oleh itu, blog bukanlah aplikasi seperti WhatsApp atau Telegram.Makna07.08.2021
Nama-nama aplikasi dalam talian seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan seumpamanya jika dalam sebuah penulisan rasmi, adakah perlu diitalikkan? Terima kasih.Nama-nama aplikasi tersebut perlu dikekalkan penggunaanya. Nama-nama tersebut merupakan kata nama khas.Lain-lain20.12.2022
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih.Perkataan "Pinjaman" ialah  padanam daripada  "loan'" yang bermaksud  pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman  sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik  secara ansuran.  Manakala "pembiayaan"  pula padanannya "financing"  ialah pinjaman bukan  bentuk tunai  tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk   membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik.Istilah07.08.2019
Salam sejahtera. Apakah bidang kuasa Munsyi Dewan? Adakah seseorang MD hanya boleh menjawab kemusykilan bahasa bersandarkan Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Gaya Dewan sahaja? Benarkah MD tidak boleh menjawab/merungkai kemusykilan secara peribadi? Hal ini saya nyatakan demikian kerana walaupun banyak MD yang ada dalam grup media sosial, seperti grup Telegram BM SPM, tetapi tidak menampilkan diri untuk meleraikan kemusykilan bahasa yang diketengahkan oleh guru-guru bahasa Melayu. Adakah hal ini di luar bidang kuasa MD? Hamba menantikan balasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Munsyi Dewan ialah pakar bidang, penceramah dan fasilitator yang ditauliahkan oleh DBP untuk membantu DBP mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan tenaga pengajar/pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia dan berperanan membantu fungsi DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Seseorang Munsyi Dewan (Bahasa) perlu menjadikan bahan rujukan bahasa terbitan DBP yang sahih dan bersesuaian dengan konteks untuk menjawab segala isu bahasa yang diutarakan. Selaras dengan peranan Munsyi Dewan (Bahasa) sebagai pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia, Munsyi Dewan (Bahasa) berperanan membantu merungkaikan permasalahan atau kemusykilan bahasa sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berdasarkan panduan dan pegangan  standard yang dikeluarkan oleh DBP.

Lain-lain05.04.2023
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkait­an; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka.

Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.

Lain-lain07.12.2017
Tuan, saya Noor Hayati Talib Setiausaha majalah sekolah dari KTE Sultan Sallehuddin. Saya ingin bertanyakan tentang pertandingan majalah sekolah sama ada masih diteruskan atau tidak. Semoga tuan dapat memberikan pencerahan akan hal ini. sekian terima kasih.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya pertanyaan saudara melalui portal Khidmat Nasihat DBP pada 22 Februari 2023 dirujuk.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melaksanakan pelbagai program penggalakan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam negara.  Antaranya termasuklah Hadiah Suar Bahasa dan Anugerah Citra Majalah yang pernah dilaksanakan oleh DBP Wilayah Utara. 

Walau bagaimanapun pada tahun ini tiada perancangan untuk melaksanakan pertandingan tersebut. Saudara boleh mendapatkan maklumat pertandingan-pertandingan lain yang dilaksanakan oleh DBP melalui media sosial rasmi DBP (Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok DBPMalaysia) dari semasa ke semasa. 

Sekian, terima kasih.
Pengembangan22.02.2023
Azahari Abdullah Oct 26th, 10:30am Assalaamu'alaikum, Saya Azahari Abdullah dari Kuantan. Saya pesara, orang biasa, bukan pakar Bahasa Melayu dan tiada latar belakang Pendidikan Bahasa Arab. Namun saya mempunyai minat yg sangat tinggi dalam memperkasa Bahasa Melayu di dalam Penterjemahan Al-Quran. Saya ada beberapa idea dan pandangan, serta keinginan dan cita-cita yg mendalam ke arah itu. Adakah sesiapa (seorang atau beberapa orang) di dalam DBP yang boleh saya hubungi/temui/jadikan sahabat untuk mendengar idea dan pandangan saya? Jika ada, mohon dapatkan saya e-mel atau no.telefonnya untuk SMS atau Whatsapp, atau Facebook dan seumpamanya. Jika boleh beliau/mereka adalah di kalangan yg mahir/pakar Bahasa Melayu dan Bahasa Arab khususnya Al-Quran. Sekian. Didahului ucapan terima kasih. Jika perlu respon melalui telefon saya, nombornya 60129549456 (Boleh Whatsapp atau Telegram)Tuan boleh berkongsi pandangan atau pendapat tentang usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Untuk makluman tuan juga, DBP tidak terlibat secara langsung dalam kegiatan penterjemahan al-Quran. Ada baiknya tuan berhubung terus dengan pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Lain-lain26.10.2014
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan.

 

  • mendapat

    1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;

     

  • mendapatkan

  • 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;

    mendapat rawatan - tepat

  • Tatabahasa03.10.2012

    Kembali ke atas