Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.prin.ter] | تيليڤرينتر

Definisi : (téléprinter) alat telegraf utk menghantar atau menerima berita dll dlm bentuk tulisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.prin.ter] | تيليڤرينتر

Definisi : /téléprinter/ alat utk meng­hantar atau utk menerima berita dsb dlm bentuk bertaip secara automatik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teleprinter


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEPRINTER SAHAM

Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik

yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok

dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video.

Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk

nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan

saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau

dijual.

UMUM 
TALIAN SEGERA

Talian segera ialah sistem dua hala telegraf-teleprinter

yang menghubungkan Washington

D.C., dengan Moscow. Talian segera ini dikenali

dengan nama rasmi Direct Communications Link .

Talian ini membolehkan Presiden Amerika Syarikat

dan Presiden Rusia berhubung secara terus dan

serta-merta apabila sesuatu krisis antarabangsa

berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan

risiko berlakunya peperangan disebabkan oleh

salah faham.

UMUM 

Kembali ke atas