Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.le.pu/] | تلڤوق

Definisi : sl bunga-bungaan dll drpd perada mas (kain dll); kain ~ sj kain berbunga-bunga tenunan India; ~ serasah sj kain buatan India;bertelepuk 1. memakai telepuk: dikenakan pula baju alang sayap layang-layang ~, per­buatan orang dahulu; 2. = bertelepukkan memakai sbg telepuk: dia memakai sapu tangan ~ intan baiduri; menelepuk membuat telepuk: utk memasti­kan perada melekat cantik sewaktu proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telepuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan?

Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran).

Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.)
Sastera22.06.2018
Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi "fake stoop water flea", sejenis haiwan spesis krustasea. Terima kasih.

Istilah bidang biologi untuk water flea ialah telepuk, iaitu haiwan krustasia yang kecil dan terdapat di dalam kolam, tasik atau parit. 

 

Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan fake stoop water flea dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan fake stoop water flea supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Istilah20.06.2019
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlariUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan.Tatabahasa25.02.2013

Kembali ke atas