Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.skop] | تيليسکوڤ

Definisi : (téléskop) alat yg bentuknya spt tiub panjang dan mempunyai kanta di dalamnya utk melihat objek yg sangat jauh, mis bintang, dgn terang dan besar, teropong jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.skop] | تيليسکوڤ

Definisi : /téléskop/ alat utk melihat benda yg jauh-jauh (spt bintang); teropong jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teleskop


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELESKOP

Teleskop ialah alat yang menampakkan objek

yang jauh kelihatan besar. Ahli astronomi

menggunakan teleskop untuk mengkaji planet,

bintang, dan lain-lain jasad cakerawala. Tanpa

teleskop, kita hanya tahu sedikit tentang alam

semesta di luar planet kita.

UMUM 
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE

Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah

teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap

dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang

utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi

angkasa lepas Amerika Syarikat, The National

Aeronautics and Space Administration (NASA), telah

melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik

angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini

dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika,

Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) .

UMUM 
TELESKOP RADIO

Teleskop radio ialah alat yang mengumpul dan

menyukat gelombang radio yang lemah yang

dikeluarkan oleh objek di angkasa. Ia mengumpul

gelombang radio sebagaimana teleskop optik

mengumpul cahaya. Sebenarnya, gelombang radio

dan gelombang cahaya merupakan bentuk

penyinaran yang sama jenis, yang disebut

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ).

UMUM 
ROSSE, EARL OF

Rosse, Earl of (1800–1867) ialah ahli astronomi

Ireland yang membina teleskop pantul, yang

pada masa itu merupakan yang terbesar dan

paling berkuasa di dunia. Dia mengambil masa

beberapa tahun untuk menyempurnakan kaedah

dan bahan-bahan yang digunakan untuk

membina cermin teleskop yang diperbuat

daripada logam yang bergilap. Teleskop itu

terletak di pekarangan rumah keluarga Rosse di

Birr Castle, di Kaunti Offaly. Dengan

menggunakan teleskop tersebut, Lord Rosse

dapat mengkaji langit dengan lebih terperinci.

Secara khusus dia dapat mengkaji tentang jisim

jerebu yang dikenal sebagai nebula.

UMUM 
NEPTUN

Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah

planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan

teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda

jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke

matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang

terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap

248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun

untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu

ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding

Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada

23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga

15 Mac 1999.

UMUM 
PLUTO

Pluto ialah planet yang paling jauh dari matahari.

Hanya Pluto dan Neptun merupakan planet yang

tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop.

Ahli astronomi telah menemui kedua-dua planet ini

dengan menggunakan ilmu matematik.

UMUM 
TEODOLIT

Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh

juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia

menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan

yang dinamakan transit. Teodolit memberikan

bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah

teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir

dengan satu saat daripada arka (pecahan darjah

yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan

teodolit dilekatkan pada tripod (tempat letak

berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan

teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke

sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop

memberikan bacaan di sekitar horizon dalam

darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak

dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop

menyatakan bacaan menegak.

UMUM 
MIKROMETER

Mikrometer ialah sejenis peranti mekanikal yang

mengukur jarak atau sudut yang kecil. Istilah

mikrometer berasal daripada perkataan Yunani yang

bermaksud ukuran kecil. Mikrometer digunakan

untuk ukuran tepat. Pelbagai jenis peralatan

kejuruteraan dan saintifik dilengkapi mikrometer,

termasuk teleskop, mikroskop dan perkakas kaji

selidik.

UMUM 
NEBULA

Nebula ialah awan zarah debu dan gas di

angkasa. Istilah nebula berasal daripada perkataan

Latin yang bermaksud awan . Ahli astronomi awal

menggunakan istilah ini untuk galaksi jauh di luar

galaksi dunia, iaitu Bima Sakti. Galaksi tersebut

dikenal sebagai nebula ekstragalaksi . Ia kelihatan

seperti tompokan cahaya yang kabur di celah-celah

bintang. Tetapi teleskop moden menunjukkan

bahawa nebula ekstragalaksi sebenarnya ialah

sistem bintang yang serupa dengan Bima Sakti.

UMUM 
SEKSTAN

Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak

sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari

dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan

untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini

dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang

satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai

sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang

bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan

yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan

satu teleskop kecil.

UMUM 

Kembali ke atas