Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : on ~, di televisyen: they were watching the match on ~, mereka sedang menonton perlawanan itu di televisyen;what’s on ~ tonight?, ada rancangan apa di televisyen malam ini?. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n televisyen: watching ~ is her favourite pastime, menonton televisyen ialah kegemarannya pd waktu lapang; a ~ programme, rancangan televisyen; she works as an announcer in ~, dia bekerja sbg juruhebah di televisyen; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata television


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon pencerahan berhubung penterjemahan yang tepat bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) dalam Bahasa Melayu. Televisyen Litar Tertutup atau Kamera Litar Tertutup? Terima kasih.Penterjemahan yang tepat bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) dalam Bahasa Melayu ialah Televisyen Litar Tertutup. Namun begitu, untuk konsep boleh diperluaskan kepada penggunaaan Kamera Litar Tertutup.Istilah10.10.2019
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "syndication" yang merujuk kepada "broadcast syndication". Broadcasting syndication is the license to broadcast television programs and radio programs by multiple television stations and radio stations, without going through a broadcast network. Terima kasihPadanan untuk perkataan syndication dalam bahasa Melayu ialah sindiket.
Salah satu definisi sindiket mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sindiket ialah kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dan lain-lain) yang bersatu untuk melaksanakan sesuatu projek dan sebagainya secara bersama.

Broadcast syndication = Sindiket Penyiaran

Terima kasih.
Makna12.10.2017
Apa kaedah membentuk kata bahasa Melayu daripada pinjaman/serapan bahasa Inggeris melibatkan -sion? Kenapa television menjadi televisyen, vision menjadi visi, profession menjadi profesion?

Untuk maklumat tuan/puan, sesuatu istilah dibentuk berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM, 2005).

Dari segi pembentukan istilah, pinjaman/serapan bahasa Inggeris yang melibatkan -sion dipadankan dengan -sion, -si atau -syen. Oleh yang demikian, (profession - profesion, vision - visi dan television - televisyen). Lazimnya, kata yang terserap sepenuhnya dari segi ejaan dan bunyi adalah melalui penciptaan istilah (Nik Safiah et al., 2013). Selain itu, istilah asing tersebut telah sebati dalam pengucapan dan penulisannya dalam bahasa Melayu.

Istilah15.02.2024
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru

1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan)

2. Civil Engineer - Jurutera Awam

3. Architect - Arkitek

4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 

5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal

6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal

7. Pilot - Juruterbang

8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan

9. Television Technician - Juruteknik Television

10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan)

11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan)

Istilah30.11.2011
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge
2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana
3. high definition television – televisyen definisi tinggi
4. catch-all – rangkum semua
5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC)
6. hand router – penghala tangan
7. cleat – tetupai
8. infinity pool – kolam infiniti
9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV

Istilah14.03.2017
Salam mesra, Di PPRM, terjemahan High Definition Television ialah Televisyen Definisi Tinggi. "HD" merupakan singkatan bagi "High Definition". Adakah "DT" atau "HD" dikekalkan sebagai singkatan "Definisi Tinggi"? Mohon bantuan DBP. Terima kasih.High Definition dalam bahasa Melayu ialah Definisi Tinggi, namun apabila menulis singkatan "HD" dikekalkan penggunaannya.Istilah12.05.2014
Apakah padanan yang paling tepat untuk istilah "Period Drama" yang merujuk kepada: "a television or film production set in a particular historical period and characterized by the use of costumes, sets, and props that are typical or evocative of the era." Terdapat istilah "period play" yang dipadankan dengan istilah "lakon zaman" di laman web prpm. Adakah bersesuaian jika "period drama" diterjemahkan kepada "drama zaman"? Terima kasih.Padanan yang paling sesuai untuk istilah period drama ialah drama zaman.Istilah07.07.2022
Apa CCTV dalam bahasa melayu?Padanan bahasa Melayu bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) ialah Kamera Litar Tertutup. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.05.2023
Saya ingin tahu, dalam permulaan ayat, bilakah perkataan "Kami" dan "Kita" boleh digunakan. Adakah perkataan "kami" itu dirujuk kepada ramai dan "kita" untuk individu sahaja. Sebagai contoh iklan di television "Kita jumpa anda sebentar lagi" atau "Kami jumpa anda sebentar lagi". Yang mana satukah yang betul untuk dituturkan. Sekian, terima kasih.Kami dan kita ialah kata ganti nama jamak dan boleh digunakan pada pangkal ayat. Kami ialah orang yang bercakap (ramai) dan kita termasuklah orang yang bercakap dan orang yang mendengarnya. Ayat yang betul ialah "Kami jumpa anda sebentar lagi".Tatabahasa05.07.2012
Assalamualaikum, saya nak tanya: Apakah kata berikut tepat dari segi ejaan dan kosa kata keseluruhannya. 1. prauniversiti atau pra-universiti 2. bahasa Melayu atau bahasa Malaysia 3. temu janji atau janji temu 4. televisyen atau television1. prauniversiti. 2. bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan negara. Manakala Bahasa Malaysia hanya digunakan di sekolah sebagai nama mata pelajaran atau judul buku. 3. janji temu ialah menentukan masa untuk berjumpa. 4. televisyen.Lain-lain11.08.2009
12

Kembali ke atas